Sekali sekala berangan best jugak kan? hmmm..arinie nak berangan pasal rumah idaman..hehe. Aku suka rumah yang sederhana, x terlampau besar, x terlampau kecil. Rumah setingkat pun dah ok bagi aku. Sebab melalui pengalaman-pengalaman sebelum, 1st, penat nak mengemas kalau rumah 2 tingkat nie. 2nd, kalau dah tertinggal barang kat tingkat bawah tu, malasnya nak turun ambik. Pastu takut pulak kalau sekali sekala kena tinggal sensorang(aku kan penakut..=P).
Aku suka rumah atas tanah. Maksudnya, bukan kondo@apartment. Sebab aku suka tengok pokok-pokok yang hijau n bunga-bunga. Sekarang belum ada lagi minat menanam. Tapi mana tau 1 day nanti tiba-tiba teringin pulak nak tanam-tanam pokok bunga nie. Haaa..boleh jadi hobi baru..hehe. Buat masa skrg nie aku tanam lalang jer lah.. Sape nak sikit leh ambil yer? Free jer..hehe
3 tempat yang aku akan beri keutamaan iaitu master bedroom, toilet n dapur. Ruang2 yang lain aku akan pastikan bersih, cantik dan selesa. Jom tengok design2 yang aku suka kat bawah nie:
Master bedroom
Bilik ni cantik jugak. Walaupun nampak serabut sikit, tapi ia menarik perhatiaan aku. Warna dinding tu aku suka (combination of purple and green). Aku suka warna-warna gelap mcm tu walaupun bilik akan nampak kecik. Bertambah cun lagi bila kena dengan pancaran downlight..hehe.Tapi untuk lantai aku xkan guna wood floor mcm nie. Aku suka tile yang besar n berkilat, warna ala-ala nescafe gitu.. Pastu aku akan padankan dengan karpet berbulu tebal. Katil aku nak yang empuk n ada bantal banyak2. Alas dengan comforter yang tebal, bila tidur jer tenggelam habis...hee~
Aku tak pasti gambar pemandangan kat dalam bilik tu lukisan atas kanvas atau airbrush. Apa yang pasti gambar nie dah bagi aku idea untuk pasang roller blind instead of pakai langsir.. Sekarang banyak jual roller blind yang dah siap dengan corak. Tapi biasanya corak simple2 mcm abstrak atau bunga2. Aku tak pernah tengok lagi roller blind dengan gambar-gambar pemandangan nie. Mana tau kalau ade duit lebih, beli blind yang plain, pastu upah artis lukis pemandangan yang kita suka. Aku akan pilih pemandangan air terjun. Pastu pasang pulak mini water fountain. Perghhh..x keluar bilik lah jawapnya..hee~
Bathroom
Yang nie mmg bathroom idaman aku. Warna and tile dier mengancam kalbu. Tapi Mr. Hubby xsuka sangat lah. Dier kata nampak serabut..huhu. Aku cakaplah dekat diar, kalau nak buat tak adalah tiru sebijik. Ambik idea sikit-sikit jer..hehe. Janganlah sampai nampak serabut, tol x? Ada tambahan sikit kalau bilik air sebenar aku nanti. Aku sangat2 teringin nak ada bathtub. Nak berendam lama-lama dalam tu..hee~ Rajin lah aku mandi kalau ada bilik air macam nie..hehe.
Dapur
Dapur nie sedikit sebanyak memberi ilham pada aku kalau nak renovate dapur nanti. Cun habis.. Aku suka combination warna nie (dark purle + white). Warna dier menyerlah. Kalau x purple mungkin merah + putih kot. Kabinet tu pun simple n kemas. Macam nie rajin lah masak nanti..huahua.. Bertambah lah berat badan nie..hee~ Memang aku selalu berangan nak ada dapur yang lengkap, sesuai ngan diri aku yang kaki makan, suka membaking n masak nie. Yang paling penting aku nak ada wet kitchen skali. Sebab aku kalau masak, berkecah. So kalau nak masak yang heavy tu, kena lah masak kat wet kitchen. Sayang woo kalau nak kecahkan dapur cun cmnie.. Aku pulak memang suka menjamu orang makan, masak banyak2. Pastu ajak family n kawan datang makan ramai2. Kalau ada wet kitchen, lepas masak haaa..boleh cuci terus. Kasi bersih.. Kalau ada dapur cmtu leh wat makan2 selalu.. Yeah!
Dry Kitchen
Mobile Bed
Mobile bed nie sesuai untuk bilik yang kecik. Bilik ketiga kat umah aku tu sesuai la kalau nak pasang cmnie. Tapi mana nak carik set macam nie eh? Xpe..lambat lagi.. Kumpul duit dulu..hihi. Since kitaorang xde anak lagi, 2 bilik tu boleh buat jadi bilik tetamu. Kalau ada anak nanti pun, tunggu besar sikit baru aku lepaskan tidur sendiri. Kecik2 kena jadi bantal peluk aku dulu...hehehe.
Mobile bed
Berangan berangan jugak. Yang penting kita usaha untuk mencapai angan2 kita tu. Nanti orang kata angan-angan Mat Jenin pulak..hehe. Kalau nak berangan, jangan berangan tinggi melangit, takut tak tercapai. Xsalah nak berangan. Angan-angan tu akan menjadi cita-cita. Cita-cita yang diselit usaha akan menjadi KENYATAAN.. InsyaAllah..
psst: Xkisah lah rumah besar ker kecil ker yang penting penuh dengan kasih sayang k? Mwahhh
No comments:
Post a Comment