Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 15 December 2011

Minah: Majlis Persandinganku

Tibalah masa untuk majlis persandinganku. Majlis telah diadakan pada 25 Jun 2011 dan bertempat di Restoran Teratai Seremban 2. Walaupun kehadiran pengantin sedikit lewat, namun para tetamu tetap sabar menanti. Pengantin telah disambut dengan 3 das dentuman meriam disusuli dengan bacaan doa sebelum duduk di pelamin. Aku telah memberi kepercayaan kepada NanaSa'at Touch & Bridal bagi tujuan andaman dan pelamin yang berkonsepkan bunga-bungaan dengan gabungan warna pink dan purple. Terima kasih kak Nana! =). Kredit juga pada Justina Gift & Bridal untuk pakaian pengantin dan aksesori.


Majlis telah dihadiri oleh tetamu yang terdiri daripada saudara mara dan rakan taulan kedua-dua belah pihak pengantin. Selepas selasai upacara merenjis dan menepung tawar, tetamu dihidangkan dengan makanan laut yang dimasak ala "chinese style". Walaupun ada lauk yang terlewat sampai, namun aku bersyukur kerana ramai yang memuji keenakan makanan di situ.

Selepas selesai acara makan beradap, pengantin berjalan pula mengelilingi setiap meja dan bersalam-salaman dengan para tetamu. Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang sudi hadir walaupun ada di antara mereka yang datang dari jauh. 

Selepas selesai bersalaman, tibalah acara memotong kek dan bergambar. Majlis menjadi bertambah meriah apabila tetamu yang sporting beramai-ramai menarikan tarian poco-poco. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dj Muz Adam(dj radio Negeri Sembilan fm) selaku pengacara majlis yang berjaya memeriah dan meriuhkan suasana.


Aku telah membuat kejutan kepada suamiku dengan sambutan majlis hari jadinya yang jatuh pada hari yang sama. Suamiku kelihatan terkejut dan terharu semasa kami menyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu" beramai-ramai yang disusuli pula dengan kek hari jadi. Happy 23rd Birthday sayang.. I love you soo much..


"Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buat ku,
dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,
jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan
berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat dan
kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin..."


Walaupun penat menguruskan majlis dan melayan tetamu, namun aku gembira dan bersyukur ke hadrat Allah kerana segalanya berjalan seperti yang dirancang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada team Random Art Studio yang telah berjaya merakam detik bahagia kami yang akan dikenang sehingga akhir hayat. Aku mewakili suami dan keluarga ingin memohon maaf sekiranya ada yang terkurang sepanjang majlis dijalankan. Kini bermulalah episod baru dalam hidupku sebagai seorang isteri...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...