Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 15 December 2011

Aku Kini Berhijab


Alhamdulillah, akhirnya terbuka pintu hatiku ini untuk berhijab. Sesungguhnya penghijrahan aku ini bukan dari paksaan sesiapa ataupun sebab terikut-ikut pada fesyen dan trend tetapi niat ini datang ikhlas dari hati aku sendiri. Aku berhijab kerana Allah SWT.

Beberapa minggu lepas, aku telah mengikuti suamiku ke sebuah majlis kenduri kahwin salah seorang saudara. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku rasa seakan ada benda yang kurang. Timbul rasa malu mendedahkan auratku seterusnya membuatkan aku berasa janggal dan kekok berhadapan dengan mereka. Namun aku pendamkan sahaja perasaan itu.


Beberapa hari yang lalu, ketika aku dan suami pergi membeli belah, kami melepasi beberapa deretan kedai yang menjual tudung. Hatiku begitu tertarik pada tudung-tudung itu, namun tidak aku layan perasaan itu dan terus pulang selepas selesai membeli barang keperluan. Aku tidak dapat berhenti memikirkan keinginanku untuk berhijab dan pada malam itu juga, aku telah menyatakan hasratku kepada suamiku. Suamiku menyokong dan memberiku kata-kata semangat. Malah dia berjanji untuk membelikan aku tudung baru.

Keesokkan harinya, suamiku menunaikan janjinya dan membelikan aku beberapa helai shawl. Kami sama-sama tengok youtube bagaimana cara-cara memakainya. Aku mula keluar rumah dengan memakai hijab. Ternyata perasaanku lebih tenang dengan penampilanku yang baru. Papa ku juga senang dengan penampilan baruku, walhal dari dulu lagi beliau menyuruh aku menutup aurat. Aku beruntung kerana mempunyai keluarga yang sentiasa menyokongku.

Aku bersyukur kepada Allah kerana diberikan hidayah dan berharap penghijrahanku ini diberkati dan diredhai-Nya. Diharap aku dapat mengekalkan hijab di kepala sehingga hembusan nafasku yang terakhir. Aminn.


psst: Kepada sesiapa yang mempunyai niat untuk berhijab, kuatkan semangat anda untuk meneruskan niat murni itu. Hijrah itu satu pengorbanan yang suci..

2 comments:

  1. Alhamdulillah . suka tgk akak bertudung . semoga untuk selamenye .

    ReplyDelete
  2. thanks. u too dik.. comel sgt!hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...