Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 24 December 2011

Minah: Masalah Berat Badan Den..



Dah lama tak timbang berat badan. Tak tau lah berapa kg skrg, tapi for sure makin berat. Last timbang 2 bulan lepas itupun dah 67kg.  Arrr..beratnya!! Sekarang lagi lah, makan tak ingat. Lagi-lagi bila kat kampung nie. Hari-hari duk ngadap nasi lemak ikan tongkol, nasi dagang, nasi kukus ikan keli, ikan keli mat binjai, laksam la..laksa la..bla..bla..bla.. Pendek kata, apa yang terlintas nak makan, mesti carik punya..huhuhu. Itulah, ikut sangat selera..kan dah menyesal..hee~



Berat badan aku naik mendadak lepas kahwin. Perut manjang lapar jer.. Tambah lagi bila aku dan suami sama-sama kuat makan. Mr. Hubby pulak memang jenis melayan. Cakap jer nak makan apa, mesti dier carikkan. Kadang-kadang pukul 1 atau 2 pagi pun dier boleh keluar carikkan aku makanan..hehe. Tu yang badan macam kena pam tu. Kalau tengok balik gambar kahwin, rasa nak jerit, Oh, tidakkkk!!!

Selain tu, ubat punca badan aku naik. Bulan 9 lepas aku telah jalani treatment radioiodine. 2 minggu aku kena pantang macam-macam. Masa berpantang tu pulak raya. Aduhh..xmerasa aku rendang, lemang, kuih raya semua sebab aku kena ikut low iodine diet. Hari-hari duk ngadap sayur ngan buah. Nasi pulak kena makan beras basmati. Kurus lah kejap badan masa tu. Kurus banyak! Walaupun seksa berpantang tapi aku happy bila badan aku jadi kurus. Seluar n baju jadi longgar. Mr. Hubby nyer badan pun susut. Dier jadi x selera bila aku kena berpantang macam tu. 

Namun kekurusan aku tu tak lama. Lepas habis jer tempoh berpantang, badan aku giler2 naik. Sebab ubat DEXAMETHASONE(boleh google side effect dier). Aku takkan lupa cmner aku makan masa ambik ubat tu. Tambah pulak bila aku balas dendam, makan apa yang aku xleh makan masa berpantang. Bukan makan, tapi melantak! Macam bela hantu raya..hehe. Kalau breakfast kat McD tu, aku punya 2 set. Licin! Tengah tido nie, aku boleh terjaga sebab lapar. Mulut xleh berhenti mengunyah. Sape yang jumpa aku masa tu mesti terkejut. Sampai bapak mentua aku pun tegur badan naik..hehe. Takut bila tengok bahagian lengan, pinggul, peha dan sewaktu dengannya..huhu. Bila ramai sangat yang tegur, aku cuba kurangkan makan. Aku  slalu berlapar. Turunlah sikit berat, tapi siksa woo..

Tapi susah untuk aku kurus dengan pemakanan n lifestyle aku yang x betul. Kalau makan tu, x sah x tambah nasi, lagi2 kalau mak mentua aku masak..hehe. Aku suka makanan yang bergoreng, berkuah. Aku xsuka bersenam. Jarang berpeluh. Dan yang paling teruk skali aku kuat makan benda yang manis-manis. Kek ngan coklat tu memang dah favourite. Jarang aku minum air kosong. Hari-hari minum air manis. Milo ais, ice-blended, n baru-baru nie, aku ketagih Mountain Dew. Parah betol!

Selain bermasalah dengan berat dan bentuk badan, cara pemakanan aku juga membahayakan kesihatan. Satu hari tu aku terpikir, dah lah aku x berapa sihat, makan pulak makanan yang x sihat, takut kena penyakit lain pulak. So aku kenalah ubah dan buat sesuatu untuk sebelum makanan-makanan yang aku suka tu jadi racun dalam badan. Sambil2 aku google pasal diet nie, aku terjumpa lah cara Diet Atkins.

Bila tengok list makanan tu rasa, agak berat jugak nak buat, tapi bila pikir tang berat badan n kesihatan, why not aku cuba? Tak perlu nak habis ribu2 kat pusat pelangsingan badan. Juga tak perlu nak tahan lapar n amik ubat-ubat atau teh diet yang ada kesan sampingan n menyiksakan. Cuma ubah sikit gaya pemakanan harian aku. Lagi bersemangat bila Mr. Hubby kata nak join skali aku berdiet. Terus aku buat food diary  n print. InsyaAllah Isnin nie aku akan start berdiet.. Chaiyok2!!!

psst: We are what we eat. Jom diet sama-sama? wink..wink..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...