Al-Fatihah buat atokku, Allahyarham Haji Muhammad Bin Abdullah yang telah kembali ke Rahmatullah pada 31 Disember 2010 yang lalu. Atok yang menghidap barah paru-paru meninggal dunia pada usia 76 tahun dan dikebumikan di makam Pasir Panjang. Seminggu lagi genaplah setahun Atok meninggalkan kami.
Video nie aku jumpa masa tengah tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus kat Youtube. Atok menyanyikan lagu Jepun dan tak mahu berhenti yang membuatkan ramai orang ketawa. Mereka menggelarkan Atok "cucu Jepun".
Walaupun semasa hayatnya Atok berperwatakan garang, namun sebenarnya Arwah seorang yang baik dan lucu terutama dengan cucu-cucunya. Akan ku abadikan kenangan bersama Atok selama-lamanya.
Sesungguhnya, setiap yang hidup itu pasti akan kembali kepada Penciptanya. Semoga roh Atok ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.
No comments:
Post a Comment