Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Bagaimana diet Atkins mampu menurunkan berat badan? Seperti yang kita ketahui, nilai kalori datang daripada 3 macronutrient asas, iaitu Karbohidrat, Lemak dan Protein. Apabila salah satu (Karbohidrat) daripadanya di'keluarkan' dari senarai pengambilan seharian, bererti pengamalnya juga telah mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, sekali gus membawa kepada penurunan berat badan.
Dr Atkins mula mengembangkan idea rendah karbohidrat dalam pemakanan sejak tahun 1970an lagi tetapi kurang mendapat sambutan kerana pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti diet rendah lemak. Namun ramai yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan dengan cara diet rendah lemak walaupun mereka mengehadkan pengambilan makanan berlemak kerana mereka masih mengambil makanan yang tinggi karbohidrat dan gula. Yang berjaya pula kebanyakannya akan kembali ke berat badan asal selepas 1-2 tahun kerana diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa berasa lapar dan tidak mampu untuk mengikut teknik itu buat masa yang lama.
Dr. Atkins telah membuat kajian mengenai diet rendah karbohidrat dan mendapati mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu mengurangkan berat badan dan kekal langsing seumur hidup.
Menurut Atkins Nutritional Approach (ANA), terdapat 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing yang anda impikan iaitu:
- Peringkat 1 : Induction
- Peringkat 2 : Ongoing Weight Loss
- Peringkat 3 : Pre-maintenance
- Peringkat 4 : Lifetime Maintenance
Peringatan: Ibu mengandung dan wanita yang masih menyusukan bayi tidak digalakkan mengamal diet Atkins. Sila runding dengan doktor atau pakar kesihatan sebelum anda mengamalkan diet ini!
Sumber : Atkins Diet
jom diet mum...hehehe
ReplyDeletedah nek byk ni kn gayat lak nk turun t...
tau xpe...start esok k syg? chaiyok2!
ReplyDelete