Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunangan di antara sepupuku, Feeras dengan pasangannya Ika. Perkenalan selama 5 tahun itu kini telah diikatkan dengan ikatan pertunangan. Warna hijau telah dipilih sebagai tema dari pihak lelaki dan warna ungu dari pihak perempuan. Majlis menjadi ceria apabila tetamu yang terdiri daripada keluarga dan sahabat handai kedua belah pihak beramai-ramai mengenakan pakaian dengan warna yang seragam.
Ika bersama bakal mak mertua..
Majlis berlangsung dengan penuh adat istiadat orang Melayu. Pihak lelaki telah menghantar sebanyak 7 dulang hantaran dan menerima 9 dulang sebagai balasan. Mereka telah menetapkan tempoh pertunangan selama 9 bulan sebelum melangsungkan perkahwinan yang akan diadakan pada September tahun hadapan. Perbincangan yang diselitkan dengan pantun dan jenaka memeriahkan suasana. Selepas selesai bacaan doa, Ika yang kelihatan ayu dengan busana serba ungu itu terus menuju ke pelamin untuk acara penyarungan cincin. Cincin yang disarung oleh bakal ibu mertuanya itu menandakan si dara kini telah disunting orang.
My beloved family..
Selepas selesai acara penyarungan cincin, tetamu dijemput untuk makan tengah hari. Ada juga tetamu yang sibuk bergambar dengan bakal pengantin.
Bergambar bersama bakal pengantin (Deli n Anis)
Bersyukur ke hadrat Allah kerana segalanya berjalan seperti yang dirancang. Pastinya Feeras dan Ika tidak sabar-sabar lagi untuk menanti hari bahagia mereka. Semoga ikatan yang terjalin diredai-Nya dan semoga perhubungan mereka kekal ke jinjang pelamin. Amin.
No comments:
Post a Comment