Induction (permulaaan atau pengenalan) ialah peringkat terpenting dalam Diet Atkins kerana ia merupakan permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza dengan apa yang anda makan selama ini. Proses Ketosis berlaku semasa induction dimana karbohidrat digunakan sebagai tenaga menggantikan lemak sebelum ini. Tempoh induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan hingga 2 tahun mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Semasa tempoh induction, penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku dan hanya 20 gram pengambilan karbohidrat sahaja dibenarkan untuk sehari.
Ini adalah program diet dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ini sangat ketat di mana pengamalnya haruslah mempunyai semangat dan disiplin yang tinggi.
Berikut merupakan senarai makanan yang harus diambil, dielakkan dan contoh hidangan semasa 2 minggu induction:-
Makanan yang harus dielakkan:
- Nasi, mee, bihun, laksa, laksam, spaghetti, vermicelli, fettucini, kuew tiow dan seumpamanya.
- Roti, roti berserat, roti bun, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan seumpamanya.
- Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu dan apa-apa yang bergula tinggi.
- Buah-buahan (boleh dimakan selepas 2 minggu dengan kuantiti terkawal)
- Minuman bergula, jus buah-buahan, air berkarbonat, dan kurangkan pengambilan kopi kerana tinggi kadar gulanya.
- Snek sepeti jajan, biskut, jeruk dan seumpamanya.
- Manisan seperti gula- gula, aiskrim, coklat dan segala macam pemanis mulut.
- Segala jenis kekacang untuk tempoh 2 minggu.
- Makanan berproses seperti kentang goreng, bebola sotong, bebola ikan, nugget dan seumpamanya
- Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan sebagainya.
- Fast food.
Makanan yang boleh dimakan dan cara masak:
- Ayam - panggang, stim, bakar, sup, rebus, satay, digerong tanpa tepung asalkan tidak ditambah gula dan madu.
- Semua jenis ikan - sama macam ayam.
- Semua jenis daging (asalkan halal) - sama seperti ayam.
- Udang - bakar, tom yam, goreng cili, digoreng tanpa tepung. Elakkan sotong kerana karbohidratnya tinggi.
- Sayur terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah dan elakkan kentang. Lagi hijau warnanya lagi bagus seperti sawi, bayam, salad, timun...
- Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
- Air kosong, air mineral, air minuman - minum 8 gelas atau lebih sehari bagi mengelakkan sembelit.
- Burger? Buang roti bun, makan daging burger dengan sayur dan mayonisnya sahaja.
- Pizza? Makan toppingnya sahaja.
- Rempah ratus boleh digunakan asal asli, tidak ditambah gula dan perasa tiruan.
- Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins bagi menambahkan lagi tenaga dan ketahanan tubuh.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan. Jangan ponteng sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Contoh Breakfast:
- Telur rebus - 1 biji - (0.6 g carb)
- Kepingan ayam - 2-3 keping - (0 g carb)
- Keju - 2 keping - (1 g carb)
Contoh Lunch:
- Ikan panggang - 1-2 keping - (0 g carb)
- Sup ayam - 1 mangkuk - (0.5-1 g carb)
- Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5-1 g carb)
- Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1-3 g carb)
- Telur goreng - 1-2 biji - (1-1.5 g carb)
Contoh Dinner (sebelum jam 9 malam):
- Sup daging atau sup ayam - 1 mangkuk - tidak bergula, cukup dengan rempah dan garam
- Tauhu sumbat - 2 keping - asalkan isi taugeh dan timun sahaja
- Salad - 1 mangkuk - tanpa thousand island
Minuman:
- Air kosong / air mineral - 8 gelas sehari atau lebih.
- Green tea / herbal tea tanpa gula.
(carb = carbohydrate)
Boleh print Food Diary ini mengurus pemakanan anda sepanjang program ini. Cuba diet ini selama 2 minggu dan anda boleh lihat hasilnya. InsyaAllah.
Boleh print Food Diary ini mengurus pemakanan anda sepanjang program ini. Cuba diet ini selama 2 minggu dan anda boleh lihat hasilnya. InsyaAllah.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar bersukan, silalah bersukan. Kegiatan sukan seperti berenang, jogging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan.
Peringatan : Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu bayi tidak digalakkan mengamal diet Atkins.
Disunting daripada: Atkins Diet
Disunting daripada: Atkins Diet
nmpknye xleh mkn mlm2 dh nie...
ReplyDeletekruioioikkk....bunyi perut..hehe
kalau mmy sibuk lapar tgh2 malam jgn layan k?hehe
ReplyDeletekak . i blog this one yea
ReplyDelete