Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 29 December 2011

Minah: Dietku..(Hari ke-4)

Hari nie masuk hari ke-4 kami berdiet. So far oklah. Ikut 90% dari diet tu. Yang 10% lagi failed sbb aku tambah sikit gula dalam sup, makan sos kerpok lekor n cubit ckit kek yang dalam gambar tu..hee~ 

Antara hidangan yang kami makan sepanjang diet: 
kerpok lekor rebus(walaupun selama nie aku suka makan yang bergoreng), telur rebus, salad, sup ayam, sup brokoli n tauhu goreng kari + daging burger(resepi Mr. Hubby-tauhu+serbuk kunyit+garam+serbuk kari).

Cobaan..

Agak terduga ckit bila adik aku yang baru balik cuti dari Singapore bagi buah tangan kek n coklat. Kinder buedo lak tu..sodap eyhh.. Coklat aku belum usik lagi, tapi kek tu..alahaii.. 

Kek kena gigit ngan tikus besar..

Dah lama aku x makan nasi n minum air manis. Kadang-kadang rindu nak makan nasi panas ngan ikan keli goreng cili(nyam2) pastu bila teringat balik misi berdiet, terus x jadi. Hampir aku makan ice-cream McD yang dah jadi rutin kalau g Jusco. Nasib baik Mr. Hubby tolong remind kan..hehe. Tapi aku terlupa lak nak timbang berat kat sana tadi gara-gara x cukup 20sen..huhu.. Xpe2..lain kali jer lah. Alang-alang aku tgh jaga makan nie kan,baik aku puasa ganti terus, kan? kan?hee~ Chaiyok2!

Minah: Buku oh Buku..


Alhamdulillah jumpa jugak buku yang aku cari-cari. Pertama buku terjemahan dalam BM dialog Islam & Kristian, "The Choice" oleh Ahmad Deedat. Buku yang kedua bertajuk Isteri-isteri & Keluarga Nabi SAW. Aku semata-mata g MPH Jusco Seremban 2 sbb nak carik buku-buku nie. Mr. Hubby baca "The Choice", aku pulak baca buku yang kedua tu. Baru jer baca sikit, terus terlelap kitaorg laki bini. Teruk betul setan yang menghasut nie..haishhh. So far yang aku dah baca memang menarik, banyak benda yang aku tak tahu selama nie terjawab dalam buku tu. Contohnya, kisah rumahtangga Rasulullah, cara Rasulullah melayan isteri-isterinya, dan yang paling utama, berapakah jumlah sebenar isteri-isteri Rasulullah? Selama nie orang kafir duk guna isu poligami Rasulullah sebagai senjata untuk mencela Islam.  Hope terungkai segala persoalan yang bermain dalam kepala aku. Lagipun wajib untuk kita kenal Rasulullah, tol x? Xsabar aku nak habiskan buku nie. Semangat n sayang kat buku sampai balut dulu sebelum baca..hehe. Ok, nak sambung baca dulu..bubbye.

Monday, 26 December 2011

Majlis Pertunangan Feeras

Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunangan di antara sepupuku, Feeras dengan pasangannya Ika. Perkenalan selama 5 tahun itu kini telah diikatkan dengan ikatan pertunangan. Warna hijau telah dipilih sebagai tema dari pihak lelaki dan warna ungu dari pihak perempuan. Majlis menjadi ceria apabila tetamu yang terdiri daripada keluarga dan sahabat handai kedua belah pihak beramai-ramai mengenakan pakaian dengan warna yang seragam.

Ika bersama bakal mak mertua..

Sunday, 25 December 2011

Keto Den...

Huwaaaaaaa!!! Keto den kono langga kek kolo pilah. Apolah nasib. Ado lori sobuah rusak kek topi jalan. Dio park boto-boto kek selekoh. Apo laie, tokojut lah keto2 yang lalu sobolah. Orang dopan emergency break, keto den sompek break, orang belakang tibo2 balun keto den.. Keto dopan lopeh. Tokojut boghok kito orang dalam keto. Eden x kuar sobab kek luar hujan. Bapak ngan laki den yg settlekan. Mamat tu koba nak ganti balik kerusakkan. Logo den donga.. Apo pun, sian kek keto den. Kemek bampo eyh.. Rusak sensor eyh.. Soba eyh, esok luso den anta baiki.. Alhamdulillah sobab takdo kocodoraan yang berlaku. Syukran Ya Allah.. 

Saturday, 24 December 2011

Lirik Lagu : Doa Perpisahan

This song is specially dedicated to my bestie, Kili Manjaro who's studying medicine in Russia (KSMU)..


Sorry syg coz x dapat sama-sama berjuang di sana. i will always pray for ur happiness n success. Our memories of yesterday will last a lifetime... Take care n love always..                       For Good Frnz 
Best Friends | Forward this Picture

Minah: Kenangan Bersama Atok..

Al-Fatihah buat atokku, Allahyarham Haji Muhammad Bin Abdullah yang telah kembali ke Rahmatullah pada 31 Disember 2010 yang lalu. Atok yang menghidap barah paru-paru meninggal dunia pada usia 76 tahun dan dikebumikan di makam Pasir Panjang. Seminggu lagi genaplah setahun Atok meninggalkan kami. 



Minah: Masalah Berat Badan Den..



Dah lama tak timbang berat badan. Tak tau lah berapa kg skrg, tapi for sure makin berat. Last timbang 2 bulan lepas itupun dah 67kg.  Arrr..beratnya!! Sekarang lagi lah, makan tak ingat. Lagi-lagi bila kat kampung nie. Hari-hari duk ngadap nasi lemak ikan tongkol, nasi dagang, nasi kukus ikan keli, ikan keli mat binjai, laksam la..laksa la..bla..bla..bla.. Pendek kata, apa yang terlintas nak makan, mesti carik punya..huhuhu. Itulah, ikut sangat selera..kan dah menyesal..hee~


Friday, 23 December 2011

Atkins Diet Induction Phase



Induction (permulaaan atau pengenalan) ialah peringkat terpenting dalam Diet Atkins kerana ia merupakan permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza dengan apa yang anda makan selama ini. Proses Ketosis berlaku semasa induction dimana karbohidrat digunakan sebagai tenaga menggantikan lemak sebelum ini. Tempoh induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan hingga 2 tahun mengikut  keadaan kesihatan dan berat badan anda. Semasa tempoh induction, penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku dan hanya 20 gram pengambilan karbohidrat sahaja dibenarkan untuk sehari.


Kurangkan Berat Badan Dengan Diet Atkins


Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Bagaimana diet Atkins mampu menurunkan berat badan? Seperti yang kita ketahui, nilai kalori datang daripada 3 macronutrient asas, iaitu Karbohidrat, Lemak dan Protein. Apabila salah satu (Karbohidrat) daripadanya di'keluarkan' dari senarai pengambilan seharian, bererti pengamalnya juga telah mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, sekali gus membawa kepada penurunan berat badan.


Wednesday, 21 December 2011

Minah: Rumah Idamanku..

Sekali sekala berangan best jugak kan? hmmm..arinie nak berangan pasal rumah idaman..hehe. Aku suka rumah yang sederhana, x terlampau besar, x terlampau kecil. Rumah setingkat pun dah ok bagi aku. Sebab melalui pengalaman-pengalaman sebelum, 1st, penat nak mengemas kalau rumah 2 tingkat nie. 2nd, kalau dah tertinggal barang kat tingkat bawah tu, malasnya nak turun ambik. Pastu takut pulak kalau sekali sekala kena tinggal sensorang(aku kan penakut..=P).

Aku suka rumah atas tanah. Maksudnya, bukan kondo@apartment. Sebab aku suka tengok pokok-pokok yang hijau n bunga-bunga. Sekarang belum ada lagi minat menanam. Tapi mana tau 1 day nanti tiba-tiba teringin pulak nak tanam-tanam pokok bunga nie. Haaa..boleh jadi hobi baru..hehe. Buat masa skrg nie aku tanam lalang jer lah.. Sape nak sikit leh ambil yer? Free jer..hehe


Thursday, 15 December 2011

Aku Kini Berhijab


Alhamdulillah, akhirnya terbuka pintu hatiku ini untuk berhijab. Sesungguhnya penghijrahan aku ini bukan dari paksaan sesiapa ataupun sebab terikut-ikut pada fesyen dan trend tetapi niat ini datang ikhlas dari hati aku sendiri. Aku berhijab kerana Allah SWT.

Beberapa minggu lepas, aku telah mengikuti suamiku ke sebuah majlis kenduri kahwin salah seorang saudara. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku rasa seakan ada benda yang kurang. Timbul rasa malu mendedahkan auratku seterusnya membuatkan aku berasa janggal dan kekok berhadapan dengan mereka. Namun aku pendamkan sahaja perasaan itu.


Minah: Majlis Persandinganku

Tibalah masa untuk majlis persandinganku. Majlis telah diadakan pada 25 Jun 2011 dan bertempat di Restoran Teratai Seremban 2. Walaupun kehadiran pengantin sedikit lewat, namun para tetamu tetap sabar menanti. Pengantin telah disambut dengan 3 das dentuman meriam disusuli dengan bacaan doa sebelum duduk di pelamin. Aku telah memberi kepercayaan kepada NanaSa'at Touch & Bridal bagi tujuan andaman dan pelamin yang berkonsepkan bunga-bungaan dengan gabungan warna pink dan purple. Terima kasih kak Nana! =). Kredit juga pada Justina Gift & Bridal untuk pakaian pengantin dan aksesori.


Tuesday, 13 December 2011

The Little Prince and The Fox


It was then that the fox appeared.

"Good morning" said the fox.

"Good morning" the little prince responded politely, although when he turned around he saw nothing.

"I am right here" the voice said, "under the apple tree."

"Who are you?" asked the little prince, and added, "You are very pretty to look at."

"I am a fox," the fox said.


Ain Sayang Mama


Ain rindu Mama.. Rasa cm Mama ade lagi.. Walaupun Mama dah tinggalkan kitaorg hampir 5tahun.. Rasa cm baru semalam mama pergi… Ingat lagi time kita gurau2, gaduh2 dulu.. Mama lah segalanya bagi Ain.. Mama lah ibu, Mama lah kawan, Mama tempat Ain mengadu, tempat Ain bermanja.. Rindu nak salam tangan Mama, Ain rindu nak peluk Mama, Ain rindu nak cium Mama.. Rindu nak dgr suara Mama, rindu nak Mama buat lawak..adoiii..rindu nyer….

Teringat dulu2, kita gurau2 gelak sama2…tengok movie sama2…1 family.. cerita Shrek, Pontianak Harum Sundal Malam, Narnia, White Chicks, Scorpion King, The Mummy, cite2 kantun..tu sume cite fav kita.. Kalau ade hero hensem2, mesti kita berebut..hehe. Pastu bile buat kerja jer, kita pasang lagu sambil joget2..(Mama, Ain n Akak)…Amir tukang tgk jer.. Bila nak raya, kita kemas rumah sama2..cantikkan umah…buat kuih raya..ain paling suka Mama buat kuih tart n kuih arab.. Mesti byk Ain balun..hee~ Dah siap sume2, kita pasang lagu raya n lepak sambil borak2.. Ade jer topic kita nak bual smpai pagi.. Esok nyer tu Mama akan bangun pagi n kejut kitaorg sume. Sume siap cantk2.. Akak la kronik, slalu bangun lambat.. Penah satu kejadian, dier kuar bilik xpakai seluar..pakai baju jer…depan ade TETAMU ISTIMEWA..hehe. sape Kak? Ingat? Menjerit dier terkejut terus masuk bilik..hehe. Sejak hari tu, Akak jadi bahan kitaorg…xpasal2..=p. Mama dah siap masak rendang, kuah lontong, nasi impit ntah mcm2 lah..semua sedap2.  Rindu nak makan masakan Mama, rindu nak Mama suap..biar diaorg cakap Ain dah tua pun, Ain x peduli..i miss u Ma…


Saturday, 10 December 2011

Lirik Lagu: Cinta Muka Buku

Alahai...lagu nie sebijik cam kisah kami. Kenal Mr. Hubby pun kat muka buku..hehe. Teringat-ingat pulak.. Sweet bangat.. Apapun kita layannnn dulu..hee~

Cinta Muka Buku - Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesanan dan suruh aku terima kamu
Oohh.. hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh.. benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa..

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta..

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja..

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo...
Ini cinta remajaku..

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo..
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa...

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanya tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan dan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta..

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja..

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...