Requested by my love. yummy...sedapppp.. boleh letak macam2.. kalau nak tukar nestum ke oat pun boleh. nak blend pun lagi ok kot so texture dier jadi lagi smooth. nak letak kacang pun boleh jugak. untuk resepi nie aku letak coklat beryl's. cincang besar-besar...so nanti rasa coklat tu penuh jer, cair dalam mulut..hehe. kalau letak kacang pun ok..tambah dalam 50g kacang..yum2
Chocolate Cookies
Bahan-bahan:
125 butter
1 biji telur
1 tsp. esen vanilla
1/2 cawan gula perang
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan nestum
1/4 tsp. garam
1/2 tsp. baking soda
1/2 tsp. baking powder
200g chocolate bar - cincang
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 190C.
2. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
3. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
4. Satukan tepung, nestum, garam, baking soda dan baking powder dan masukkan ke dalam adunan butter, telur dan gula.
5. Masukkan coklat cincang dan kacau sebati.
6. Bentukkan bulat-bulat kecil (around 1 inci in diameter) and place two inches apart on a cookie sheet/tray.
7. Bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 190C.
Pukul butter dan gula sehingga kembang. kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
Satukan tepung, nestum, garam, baking soda dan baking powder
Cincang coklat
Bulat-bulatkan mengikut saiz yang diinginkan
When the cookies are removed, they are soft. But when left cool, it will harden up and become slightly crisp outside (but chewy inside).
mohon pinjam resepi ye :) TQ
ReplyDelete