Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 18 June 2013

Resepi Kek Lava


Resepi Kek Lava

Bahan-bahannya:
-  125 g mentega
-  175 g dark coklat (70% koko)
-  150 g gula
-  125 g tepung gandum
-  2 sudu besar air
-  3 biji telur

Peralatan:
- Mangkuk tahan haba
- Periuk dengan air mendidih

Cara-cara membuatnya:
Panaskan oven dengan suhu 200C. Selepas itu cairkan coklat bersama mentega dan air. Kacau sehingga sebati.
  
Kemudian masukkan telur dan kacau segera. Pastikan telur dikacau cepat untuk mengelakkan telur menjadi ketul-ketul. Selepas itu masukkan gula dan tepung dan kacau sehingga sebati.

Akhir sekali masukkan adunan ke dalam acuan yang telah di sapu dengan mentega. Bakar di dalam oven selama 12 minit.

Selepas siap, hidangkan kek lava bersama aiskrim. nyummmmmyyyy!!!

Selamat mencuba!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...