Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 25 June 2013

My Husband's 25th Birthday


Alhamdulillah hari nie genap 2 tahun usia perkahwinan kami...juga harinie merupakan hari jadi my hubby yang ke 25 tahun. baru 2 tahun, tapi rasa macam dah lama gilerrrr hidup ngan hubby..hahaha. mungkin sebab dah banyak benda yang kami lalui bersama kot. tapi yang sedihnya, kami berjauhan sekarang.. hubby berada jauh nun di utara sana.. aku pulak kat sini...='( tak dapat nak buatkan kek untuk hubby...sedihnya... 

Monday 24 June 2013

Kerana 10 sen...

Pengalaman diri sendiri di pagi yang indah.. kejadian tu berlaku hari nie pada 24/6/2013 lebih kurang jam 7 pagi. masa tu aku ngan hubby otw ke Subang dari Seremban, hubby nak antar aku ke rumah sewa dulu sebelum beliau gerak ke tempat kerja..

dah gerak tu baru tau dua2 tak pegang duit.. aku tinggal beberapa ringgit jer, hubby pun sama. so plan nak withdraw duit kat ATM lah nanti. masa dalam perjalanan tu, ada la beberapa kawasan rehat kat sebelah kiri. aku tanya hubby, kat mana nak withdraw? dier kata nanti nak keluarkan kat petrol pump nak dekat-dekat tol, yakni Shell sebelum tol Sungai Besi. aku pun jawap, oklah kalau camtu.

sampai jer dekat Shell (yang ada 7eleven), kitaorg carik ATM, tapi xada. Ya Allah..cam mana nak bayar tol nie? terus korek2 duit yang ada termasuklah semua duit syiling yang ada dlm wallet n kereta. to be continued....

Sunday 23 June 2013

Jerebu oh jerebu....

Teruknya jerebu.. kelas pun cancel.. mata n kepala sakit... suami kesayangan pun demam...=(

Matahari pun tak nampak

Step-by-step cara nak buat Chocolate Cookies


Requested by my love. yummy...sedapppp..  boleh letak macam2.. kalau nak tukar nestum ke oat pun boleh. nak blend pun lagi ok kot so texture dier jadi lagi smooth. nak letak kacang pun boleh jugak. untuk resepi nie aku letak coklat beryl's. cincang besar-besar...so nanti rasa coklat tu penuh jer, cair dalam mulut..hehe. kalau letak kacang pun ok..tambah dalam 50g kacang..yum2

Chocolate Cookies

Friday 21 June 2013

Foodssssss

Minggu Culinology nie sebenarnya khas untuk our seniors from BS1 and BS2. tapi bagi menjayakan acara nie, semua batch terlibat termasuklah kelas kami. untuk BS1 and BS2, diaorg ada pertandingan, kena create 1 product makanan, dan kena persembahkan dekat org industry dan media. BS3 pula ditugaskan untuk sediakan makanan dan minuman untuk tetamu. untuk batch BS4, kitaorg kena jaga bahagian service, tp ada jugak yang kena tolong kat dapur. seronok sangat sebab nie first event yang combined semua batch, masing-masing tolong menolong n bekerjasama untuk menjayakannya. ada 5 groups dan setiap group kena create 1 product, so total 5 products yang diaorg berjaya create. jom layan gambar makanan kat bawah..hehe semua aku dapat try haritu..hehe. sedap-sedap belaka...yummy.. tp  ada yang aku xtau nama..=P 

non-alcoholic cocktail

Minggu Culinology

Selesai sudah minggu Culinology yang berlangsung selama 2 minggu kat college. banyak jugak la knowledge ngan pengalaman yang kitaorang dapat. thanks to Dr Micheal n Dr Samir yang banyak bagi tunjuk ajar. both of them are from US..  rasa macam bangga dan bertuah pulak sebab pilih course nie.. memang tepat pilihan yang aku buat. Alhamdulillah.. walaupun sebenarnya minggu Culinology nie khas untuk our seniors, tapi oklah... at least kitaorg tau apa nak buat bila sampai masa kitaorg nanti.. dan pada hari rabu yang lepas, kitaorg satu kelas (BS4 students) kena tolong2... yang pakai chef jacket tu tolong kat dapur.. yang serba hitam (termasuk aku) jaga bahagian service. penat jugak lah...sampai melecet kaki..haha. hope time kitaorg nanti, our juniors sanggup berkorban untuk kami..haha. peace...=)

me and all my classmates

Hasil semaian hari ke-5

Alhamdulillah dah boleh nampak hasil semaian..hehehehe. seronok sangat.. 1st time semai benih, pastu bercambah... now i know the feeling... patutlah ramai yang minat berkebun.. best rupanya.. bila dapat tgk progress, pokok semakin membesar.. cepat pulak tu.. ada yang masih belum tumbuh, macam roselle dan ketumbar...mungkin makan masa sikit. takpeee... sabar tu separuh daripada iman..hehe. sekarang dah pening  mana nak taruk kalau semua dah besar...hmmmmm

Ketumbar dengan roselle masih belum

Pokok bunga ngan tomato dan banyak daun..hehe

Tuesday 18 June 2013

Resepi Kek Lava

Resepi Chocolate Mint Cupcakes

Step-by-step cara nak buat Ice Cream Cupcake

Minat menanam muncul..

Hari Ahad lepas, aku pergi kat Tesco Seremban 2 untuk beli barang dapur... lepas tu, lalu lah dekat depan kedai jual pokok kat tempat parking kereta. mula-mula tu, lalu jer.. tp dalam hati dah niat, hala balik nanti nak singgah...hehehe sudah jer beli-beli barang n makan sume, aku pun singgah la.. pokok yang dijual xdelah banyak sangat, sebab tempat tu kecik.. masa tengah tengok tu, tiba-tiba aku teringat yang aku ade simpan banyak biji benih tak tanam lagi.. terus aku cari papan semai benih. yeah!! ada..satu cuma RM7 dan ada 104 lubang.. aku beli tanah untuk semai sekali.. Aku labelkan benih-benih yang aku tanam tu, so nanti bila bercambah, dapatlah aku tau pokok apa.  


   

Monday 17 June 2013

Popiah...oh popiah...

Haritu aku pergi seminar pasal popiah yang dianjurkan oleh Taylor's. banyak jugaklah info pasal popiah yang aku dapat. baru aku tau rupa-rupanya popiah sangat penting terutamanya pada masyarakat Cina. talk yang aku dengar tu disampaikan oleh Chef Robert Danhi. Popiah nie boleh dikategorikan sebagai healthy food sebab biasanya inti or isinya banyak sayur. kecuali yang goreng deep-fry kat pasar malam tu mmg la tak sihat..tp sedap..='( Biasalah..yang sedap sume xsihat. bukan semua, tp kebanyakannya. Lepas talk, kitaorg dapat peluang merasa 3 jenis popiah; Chinese style popiah, Mamak style popiah and Nyonya style popiah.

Saturday 15 June 2013

Step-by-step cara nak buat Pandan Layer Cake


Resepi nie aku dapat kat facebook page Jom Masak. thank you sooo much for the recipe. sangat-sangat terliur.. tp belum ada masa nak buat lagi. bayangkan, sedap jer sejuk-sejuk masuk tekak.. Boleh jugak digantikan dengan perisa keladi..nyam3 Jom kita layan resepi dan cara membuatnya....

Silly me with my silly friends in kitchen...


Kek durian..

Hehehe..sajer jer nak update pasal teringin makan durian aritu.. Alhamdulillah ada rezeki dapat merasa... i made durian cakes.. mula-mula tu buat sebijik, tunggu hubby balik baru makan.. ajak adik n wife dia makan, kasi kawan sikit, terus habis. esoknya tu buat lagi sebijik.. konon-konon nak buat surprise belated birthday cake untuk papa, tapi tup..tup dia tak jadi turun...huhuhu. kek durian yang second kitaorg makan ramai-ramai kat rumah my aunty...nyam3 dah selamat masuk perut..hehehe

Nie first kek.. sorry buruksss... sajer buat untuk makan sendiri..hehehe

Second cake untuk papa.. tp 'birthday boy' tak muncul..haha

Rugilah papa tak rasa...=P

Saturday 8 June 2013

Durian...oh..durian..

Bukak-bukak jer fb banyak orang pos pasal durian harinie.. sume wat aku terliur... teringin nak makan benda yang berunsurkan durian, cam kek durian ker, durian crepe ker, pulut durian ker, durian cream puff ker...huhuhuhuhu. sememangnya ku akui diriku ini seorang hantu durian..hoho

Kek durian musang king

Durian crepe musang king

Pulut durian

Durian cream puff

So, bila dah teringin tu haruslah buat kan???? kang kempunan pulak..hoho. jom kita tambah lemakk.. arinie nak buat kek durian la..nyam3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...