Wednesday, 14 November 2012

Burger Bakar Abang Burn


Akhirnya dapat jugak aku merasa Burger Bakar Abang Burn (BBAB) yang tengah famous dan hot sekarang. Selama nie masa kat Bintulu (belum ada jajahan lagi), aku cuma dapat tengok gambar dan telan air liur jer bila tengok Abang Burn pos gambar-gambar burger bakar beliau yang sangat tempting. Bagi sape-sape yang tak tau atau tak pernah dengar pasal burger bakar nie, BBAB merupakan francais burger bakar yang lazat dan terpantas kat Malaysia. Sape-sape yang nak cuba leh pergi ke mana-mana cawangan yang dah dibuka kat Ampang, Kajang-Bangi, Kota Damansara, Nilai, Johor Bharu, Sunway-Subang Jaya, Seremban dan Shah Alam. Kalau nak tau lebih lanjut boleh Like Facebook Page ----> Burger Bakar Abang Burn. (Iklan tak berbayar..tapi kalau Abang Burn nak belanje burger bakar sebijik pun buleh yooo...hehehe)

Kebetulan aku nak ke KL balik umah mak mentua, singgah Nilai jap semata-mata nak rasa burger bakar ni. Mengidam lama-lama pun tak elok takut kempunan..hehehe. Ajak adik aku ngan bini dier skali. Saje jer nak belanja diaorang sebab banyak tolong aku mengemas rumah aritu.. Dah otw tu, tiba-tiba GPS aku wat hal, rosak pulak. Berpusing jugak lah cari. Walaupun hujan lebat, ku harungi jua. Janji dapat rasa. Call Abang Burn tanya, dier kasi direction. Nie alamat jajahan Nilai (dekat roundabout, opposite Courts):

Burger Bakar Abang Burn @ Jajahan Nilai 
MMA Santai Corner (Macam Macam Ada Santai Corner)
Putra Point Fasa 2B,
Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Esok tu, bukak page BBAB, rupanya dah ada jajahan kat Soromban. Ciss..jauh den bopusing. Tapi tak nyesal sebab memang puas hati.. Sedap giler!! Burger besar. Konyang den..hehe. Nie alamat jajahan Seremban:

Burger Bakar Abang Burn @ Jajahan Seremban
Restoran Maulana Medan Selera,
No. 33 Pulau Avenue,
Jalan Pulau Perdana 2,
Taman Pulai Perdana,
70400 Seremban, Negeri Sembilan

Kat bawah ni gambar yang kitaorang sempat tangkap masa tengah menikmati BBAB dengan muka yang ntah hape-hape..haha. Aku pun dah lupa apa yang kitaorang order. Jon layan.. Zasssss









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...