Masih sambung pasal semalam, dah tak tau apa nak buat tu, tiba-tiba dapat call, ada kawan ajak pergi Similajau National Park. Mula-mula macam malas, tapi bila pikir tak ada benda nak buat, ape salahnya kalau pergi kan? Boleh click! click! 5 minit pastu kawan sampai amik kami kat rumah. Dah otw tu baru tau diaorang siap bawa baju ngan tuala nak mandi. Alaaa..tak pe lah, next time baru mandi, kita bergambar aje k??(nak sedapkan hati) hehehe.
Sebelum masuk kena bayar dulu, dewasa sekepala RM10. Ada sedikit info yang aku nak tepek kat sini pasal Taman Negara Similajau yang diambil dari Mr. Google dan dari pengalaman sorang kawan yang cerita.
Pandangan sungai dari atas jambatan. Serun jugak naik sebenarnya bila bayangkan banyak buaya kat situ.. Kalaulah tiba-tiba terjatuh?? jadi makanan buaya lah nampaknya. Masa pergi nie, ada jugaklah nampak buaya tenggelam timbul dalam sekor dua camtu. Kawan aku tu cakap, kalau malam-malam, bila kita suluh kat air, nampak mata jer timbul warna merah merah..hehe Penah la ada kes, pengunjung mati kena baham masa tengah mandi-mandi kat tepi-tepi..
Similajau juga merupakan penempatan kepada 2 spesis buaya. Buaya Muara ataupun buaya air masin (crocodylus porousus) yang hidup berdekatan pinggir sungai-sungai besar di dalam taman ini dan memakan mamalia kecil, biawak, kura-kura, ikan dan burung-burung yang hidup di kawasan ini. Sejenis lagi spesis buaya yang terdapat di sini ialah spesis Gharial Palsu (tumistoma schlegii) yang hanya memakan ikan. Since buaya-buaya kat sini lebih mudah dilihat pada waktu malam, pusat kawalan taman boleh mengaturkan lawatan untuk pengunjung. So, jangan disangka air yang tenang tiada buaya ok?
Antara gambar yang sempat kami tangkap. Camera dah ok tapi skill jer belum ada lagi..hehe
Sebenarnya aku bukanlah jenis yang berani masuk hutan sangat. Masa dalam tu doa-doa jer jangan ade benda buruk yang berlaku. Contohnya, janganlah tiba-tiba kena serang ngan babi hutan ker, ular jatuh dari atas pokok ker, angkat seluar tiba-tiba ada pacat tengah isap darah ker, pegang-pegang pokok tiba-tiba ada cacing kat tangan ker...arghhhhh...seram. laju-laju aku jalan masa dalam tu, tak pandang dah kiri-kanan..hehehehe. Masa kat dalam tu, sekeping gambar pun tak sempat snap. Penakut kan??hehehehehe. Yang pasti, tu sume bukan halangan orang yang dah memang kaki masuk hutan nie, tol tak?hihihi
Kalau tengok depan-depan lagi cantik. Keliling penuh dengan pokok bakau dan diiringi dengan bunyi haiwan-haiwan dalam hutan. I love nature.. tapi tulah...heheheh
Kasut croc kesayangan..hehe. Walaupun dah buruk dan ramai yang suruh buang, tapi sayang sangat. Pakai croc masuk hutan..haha. Licin la jugak. Tapi nak wat cam mana? Tak prepare, last minute baru decide.
Separuh plank walk, separuh lagi kena redah ikut laluan yang dah tersedia lah eh? Selain tumbuh-tumbuhan periuk kera, hutan bakau dan pokok diptreokarpanya, terdapat 24 spesis mamalia termasuk monyet macaque, ungka, langur, pelanduk, kijang, tupai, babi hutan, landak dan kucing musang dalam taman nie.
Alahai ayu nyer my sayang main-main air macam tu..hehe. Sebab kami tak bawak baju, kami hanya dapat tengok kawan-kawan mandi dengan jelesnyer.. Dalam jugak air, ada yang lebih daripada pinggang. Aku cuma duduk atas batu sambil bergurau-gurau dengan nyamuk hutan yang mesra alam.. peramah betul. Sambil tu click! click! la ape lagi?
Dilarang bawa alat memancing atau apa-apa jenis perangkap kat dalam nie. Kalau tak nanti kena denda. Hubby aku cakap, kat tempat kerja dia ada pekerja yang makan SEMUA jenis binatang. SEMUA ok? Tak nak lah cite apa tapi dia cakap, itu sedap, ini sedap.. dats why la tak boleh bawa apa-apa perangkap bagi melindungi haiwan-haiwan kat sini. Pekerja hubby tu penah bawak wife pergi semenanjung, tapi wife dia tak nak balik sebab wife dia cakap kat sana banyak MAKANAN FREE..hehehehehehe
Jangan sekali-kali nak tunjuk hebat merentas sembarangan. Sila guna jambatan! Amaran keras nie..hehe. Gambar nie diambil dari tepi sungai, ada disediakan bangku-bangku untuk pengunjung duduk-duduk dan berehat setelah penat berjungle trekking. Penat la jugak nak masuk dalam tu.
Tengok tu, baju hubby pun dah basah-basah sebab berpeluh. Alamak aii..nampak macho la pulak..hihi. Alaa..skali skala gurau ape salahnyer..hehe
Indahnya ciptaanMu. Tenang dan damai jer rasa bila kat sini. Kat sini juga merupakan syurga bagi penggemar burung kerana terdapat lebih 185 spesis burung telah direkodkan di sekitar taman ini. Ada jugak la beberapa jenis burung terbang yang melintasi kami, tapi tak sempat nak snap gambar..hehe
Awas! Awas!
Sebelum balik kita bergambar dulu.. tapi belum nak balik lagi..hehehe. Singgah pantai duluuuu.... Tapi kan, tapi kan, badan dah penat, kaki dah sakit-sakit...huwaaa
No comments:
Post a Comment