Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 20 August 2013

Lolo sagu buah-buahan...

Lolo sagu buah-buahan atau fruity sago lolo nie salah satu dessert yang sihat dan menyegarkan. Dalam tu ada ais parut (yang biasa orang buat ABC tu) pastu buah2 potong yang dipotong kiub2 kecil, puree buah-buahan, ngan biji sagu. Biasanya harga semangkuk dalam RM 4.50 - RM 8.00. Boleh mencecah belas-belas ringgit bergantung kepada kuantiti dan buah-buahan yang dipakai.


Kat Kuala Kangsar ada pasar malam yang berdekatan dengan rumah yang ada jual fruity lolo nie. Tiap-tiap Isnin biasa hubby akan beli, kalau saya ada sini bolehlah makan. Sangat sedap ok? Dan rasa sihat jer bila makan. Yelah...sebab buah-buahan kan sangat kaya dengan vitamin dan khasiat. Macam yang kat sini jual, ada yang penjual tu tak bubuh gula. So manis tu datangnya dari buah. Manis-manis dan masam-masam buah la. Tp kena tengok buah jugak. Kalau yang masam sangat kena jugak letak gula sikit contohnya untuk buah-buahan yang masam seperti kiwi, strawberry, markisa dll. Tapi kalau suka masam n boleh telan lagilah bagus..hehe Sejuk jer lalu kot tekak..haha. Good bisnes jugak kalau ada yang nak buat niaga kan? Sebab tak banyak lagi orang buat. Tapi kalau nak buat yang sedap, tak boleh kedekut buah. Buah kena banyak pastu letak puree yang betul2 pure tu banyak-banyak. Pastu deco n susun buah2 potong, garnish dengan biji sagu yang colourful.. Barulah layannnnnnn...hee~


Yang nie sedap. Combination of manggo + kiwi +lychee n yang bulat2 merah tu tembikai yang dier scoop bulat2. Tengok tu manggo puree dier banyak mana dier buh. Very pure..yummy

Yang nie pun sedap. Dah ala2 ABC dah. Siap ada jagung, cendol, jelly.. Yang nie rasa honeydew.. Pastu campur dgn tembikai, keladi, lychee...sedap3

Yang nie makan malam tadi. Rasa kiwi yang sangat kiwi. Kiwi sekiwi kiwi nyer.. Segala-galanya kiwi. Sedapnyer... Sampai pedih2 lidah sebab sehari sebelum tu dah melantak strawberry sampai sakit lidah...hee~

Yang nie perisa keladi @ yam. Yang kat atas tu keladi yang dipotong kiub2..

Contoh-contoh..yang mixed fruit tu nampak sedap

Dragonfruit dgn passion fruit. Makan semangkuk confirm kenyang...hee~

Aihhh..bila macam nie tiba2 rasa cam nak beli mesin parut ais tu..haha. Macam2 kan boleh buat? Fruity lolo, cendol, ABC, jagung parut... Yummyyyyyy. Okayh..kat bawah pulak gambar yang saya google..tengok dragonfruit tu buat terliur..alahai....rugi betul sape yang tak suka buah.. Ape lagi, pujuk cik abe la kan?hahahaha sayanggggggggggggg....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...