Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 27 August 2013

Accident...huhu

Pada hari Ahad yang lepas, lebih kurang jam 5.30 ptg, kami mengalami kemalangan. Masa tu otw to Rasah Jaya dari Seremban 2..ikut jalan Mambau (plan nak makan nasi daun pisang). Tup...tup...depan 7e lepas balai polis tu, ada satu motor lintas tak pandang kiri kanan. Nasib baik hubby sempat brek kalau tak dah Innalillah dah mamat motor tu.. Alhamdulillah tak ada kecederaan berlaku pada kami cuma mamat moto tu luka2 lah... Kitaorg offer nak hantar hospital tapi dier tak nak...nak tunggu bapak dier sampai. Tapi kalau nak bawak pun kete tu mungkin tak boleh jalan sebab rasanya absober pecah and air dah melimpah keluar..huhuhu

Aku terus call towing Etiqa tapi luar waktu perkhidmatan pulak (sebab hari Ahad)...sakit jer hati.. Patutnya kena available setiap hari n 24 jam la sebab kemalangan kan bila-bila jer boleh berlaku. Tak lama kemudian ada satu tow truck sampai. Mungkin ada somebody yg call. Brother tu yang angkut kereta n bawak kitaorg pergi balai polis Seremban 2 semua. Dengan motor skali kitaorg angkut.  Since nie 1st time kitaorg kemalangan macam nie, agak kelang kabut la jugak. Masa jadi tu, tergamam n aku menggigil dalam kereta sebab orang motor tu dah melambung dah.. Tak tau dier hidup lagi ker tak masa tu..huhuhu. Nasib baik cedera sikit jer... Tapi memang salah dier pun tiba2 keluar nak cross masuk jalan orang. 

Mamat motor tu bukan warganegara Malaysia. Dengar loghat dier macam orang Acheh. Lesen pun tak ada..huhu Lepas jadi tu dier call pastu ramai kaum kerabat dier datang mintak tolong jangan report semua. Kalau tak report macam mana nak claim insuran kan? Kitaorg tanya diaorang ada yang sanggup bayar ker? Tapi tak ada yang sanggup..hmmm terpaksa claim insurans kereta aku..:'(

Akibat kemalangan tu, kete aku kena masuk bengkel. Nak pergi kelas tak ada transport so sementara waktu kena naik teksi (duit lagi). NCD insurans kereta dah 38% so bila claim dah jadi 0% balik.. Ambik masa lama kat balai polis tuk buat report. Aku pun citelah apa yg berlaku. Huwaaaaaa...sedihnya.. Nangis2 aku malam tu.. Sakit sangat hati..tapi walau apa pun, mesti ada hikmah disebalik.. Sabar dan redha. So kat bawah nie gambar2 yang sempat aku tangkap..huhu. Nasib baik roadtax, insurans kereta ngan lesen hidup lagi...huhu

Antara langkah-langkah yang perlu diambil kalau ada kemalangan:

1. Kalau ada kecederaan serius call 999 
2. Call towing
3. Ambik gambar, no telefon, no plat, and kalau boleh ic orang yg terlibat
4. Buat report polis
5. Selesaikan dengan bengkel untuk hal2 insurans. Dokumen yang diperlukan untuk claim insurans ( ic owner, lesen, report polis, cover note insurans kereta dan geran kereta





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...