Ain rindu Mama.. Rasa cm Mama ade lagi.. Walaupun Mama dah tinggalkan kitaorg hampir 5tahun.. Rasa cm baru semalam mama pergi… Ingat lagi time kita gurau2, gaduh2 dulu.. Mama lah segalanya bagi Ain.. Mama lah ibu, Mama lah kawan, Mama tempat Ain mengadu, tempat Ain bermanja.. Rindu nak salam tangan Mama, Ain rindu nak peluk Mama, Ain rindu nak cium Mama.. Rindu nak dgr suara Mama, rindu nak Mama buat lawak..adoiii..rindu nyer….
Teringat dulu2, kita gurau2 gelak sama2…tengok movie sama2…1 family.. cerita Shrek, Pontianak Harum Sundal Malam, Narnia, White Chicks, Scorpion King, The Mummy, cite2 kantun..tu sume cite fav kita.. Kalau ade hero hensem2, mesti kita berebut..hehe. Pastu bile buat kerja jer, kita pasang lagu sambil joget2..(Mama, Ain n Akak)…Amir tukang tgk jer.. Bila nak raya, kita kemas rumah sama2..cantikkan umah…buat kuih raya..ain paling suka Mama buat kuih tart n kuih arab.. Mesti byk Ain balun..hee~ Dah siap sume2, kita pasang lagu raya n lepak sambil borak2.. Ade jer topic kita nak bual smpai pagi.. Esok nyer tu Mama akan bangun pagi n kejut kitaorg sume. Sume siap cantk2.. Akak la kronik, slalu bangun lambat.. Penah satu kejadian, dier kuar bilik xpakai seluar..pakai baju jer…depan ade TETAMU ISTIMEWA..hehe. sape Kak? Ingat? Menjerit dier terkejut terus masuk bilik..hehe. Sejak hari tu, Akak jadi bahan kitaorg…xpasal2..=p. Mama dah siap masak rendang, kuah lontong, nasi impit ntah mcm2 lah..semua sedap2. Rindu nak makan masakan Mama, rindu nak Mama suap..biar diaorg cakap Ain dah tua pun, Ain x peduli..i miss u Ma…
Alahai...lagu nie sebijik cam kisah kami. Kenal Mr. Hubby pun kat muka buku..hehe. Teringat-ingat pulak.. Sweet bangat.. Apapun kita layannnn dulu..hee~
Yup2. Suka sangat-sangat tengok kartun. Walaupun dah leh jadi mak orang, kartun tak leh tinggal. Tambah2 lagi Mr. Hubby pun sama jugak orangnya. Asal kartun jer mesti suka. Tak kira lah zaman dulu ker, zaman sekarang pun mesti nak tengok punya..hehe. Tenang jer perasaan layan kartun. Ada part kelakar, ada part serius, ada part yang sedih. Kalau yang sedih tu siap leh nangis lagi...hee~
Siapa kata cerita kartun untuk budak2? Zaman skrg punya kartun untuk semua peringkat umur tau. Kadang2 ada part yang orang dewasa jer faham. Budjet nak buat sesebuah filem kartun pun bukannya murah. Kalau kartun Hollywood, kebanyakannya mencapai ratusan juta ringgit. Salah satu faktor kenapa harga pembikinannya mahal sebab diaorang guna suara artis-artis terkenal untuk sesuatu watak2 kartun tu. Nak buat satu filem tu pun makan tahun. Kadang2 dua tiga tahun baru siap. Suka2!
Waa..so sweet! so comel! so gedikzz..hehe. Nie lagu masa aku bercinta dengan Mr. Hubby dulu. Siap set ringing tone n msg alert. Kalau keluar lagu nie, dah tau dah sape yang call..hehe. Nie trademark kami k? Jangan mareee...hee~
Suara (Ku Berharap) - Luna Maya ft Hijau Daun
Di sini aku masih sendiri Merenungi hari-hari sepi
Upacara majlis akad nikah kami telah diadakan pada 25 Jun 2011 yang lalu bermula jam 9 pagi. Majlis bertempat di Masjid Negeri Seremban Negeri Sembilan dan dihadiri oleh ahli keluarga dan kawan rapat. Aku telah diakadkan sendiri oleh bapaku dan Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada suamiku, Efiza. Tanpa disedari, air mata ku mengalir selepas selesai upacara akad. Sayu jer bila dengar tok imam bacakan doa. Alamak! rosak mekap..hee~
Bertunang adalah ikatan sementara sebelum memulakan satu akad. Aku juga pernah merasai pengalaman bertunang dan menjadi tunangan orang. Tapi tak lama. Cuma 2 minggu. Kami bertunang pada 11.6.2011. Pada mulanya aku pikir, tak payah lah tunang2 since majlis sebenar pun dah dekat. Tapi tunang aku cakap dier teringin nak rasa bertunang. Apa lagi, kelang kabut lah jadinya sebab ada masa 3 hari jer.