Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, 1 July 2011

Majlis Pernikahanku..

Upacara majlis akad nikah kami telah diadakan pada 25 Jun 2011 yang lalu bermula jam 9 pagi. Majlis bertempat di Masjid Negeri Seremban Negeri Sembilan dan dihadiri oleh ahli keluarga dan kawan rapat. Aku telah diakadkan sendiri oleh bapaku dan Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada suamiku, Efiza. Tanpa disedari, air mata ku mengalir selepas selesai upacara akad. Sayu jer bila dengar tok imam bacakan doa. Alamak! rosak mekap..hee~

Air mata kegembiraan



Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Allah telah menjodohkan ku dengan insan yang sangat istimewa. Mr. Hubbyku memiliki semua ciri-ciri seorang suami yang aku idamkan selama ini. Dia seorang yang baik dan dapat menerima aku seadanya.

Selepas selesai majlis akad nikah

Selepas majlis akad nikah, para tetamu telah dihidangkan dengan sedikit juadah makan pagi. Kami sempat berposing di hadapan masjid bagi merakam detik-detik bahagia yang tak akan kami lupa sampai ke akhir hayat. Namun begitu, kami terpaksa bergegas pulang bagi membuat persiapan untuk majlis bersanding yang diakan  pada hari yang sama. Alhamdulillah majlis ini telah berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...