Bertunang adalah ikatan sementara sebelum memulakan satu akad. Aku juga pernah merasai pengalaman bertunang dan menjadi tunangan orang. Tapi tak lama. Cuma 2 minggu. Kami bertunang pada 11.6.2011. Pada mulanya aku pikir, tak payah lah tunang2 since majlis sebenar pun dah dekat. Tapi tunang aku cakap dier teringin nak rasa bertunang. Apa lagi, kelang kabut lah jadinya sebab ada masa 3 hari jer.
Coklat Taj Mahal - lambang cinta
Macam2 perasaan bercampur. Tension sebab last minute takut tak sempat nak buat preparation. Nervous nak menghadap bakal mertua. Tapi happy bangat nak bertunang dengan insan tersayang..hee~ Dalam masa 3 hari tu aku terpaksa fikirkan lokasi, tempah catering, cari cincin, hantaran, tema, sewa dulang hantaran dan lain2.
Cupcakes bertemakan "Cinta"
Satu hari sebelum majlis, tunangku telefon n bgtau ada penambahan hantaran dari pihak lelaki. Mak cik tunang dari Kelantan bawakan 2 dulang hantaran berupa kain sutera dan kek tunang. Alamak dah x sempat untuk aku tambah hantaran lagi. Tunang aku cakap, xpe. 3-3 pun ok! So jadilah hantaran 3 dulang berbalas 3dulang..hehe.
Majlis pertunanganku telah diadakan di rumah ibu saudaraku yang dihadiri oleh keluarga terdekat dari kedua belah pihak. Selepas selesai acara penyarungan cincin oleh ibu mertuaku, doa kesyukuran dibacakan. Selepas bacaan doa, tetamu dijemput untuk makan tengah hari. Majlis yang simple tetapi cukup bermakna buat kami sekeluarga. Aku bersyukur kerana segalanya berjalan lancar. Walaupun tempoh pertunangan tidak lama, namun ia telah menjadi sejarah dan kenangan manis dalam hidupku. Semoga jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat. Amin.
No comments:
Post a Comment