Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 27 August 2013

My Darlingssss

Nie 3 orang budak kecik yang sangat penting dalam hidupku. yang dua tu anak buah aku, kakak aku punya anak. yang sorang lagi tu adik ipar aku yang paling kecik. masa aku 1st time jumpa dulu dier(adik ipar) kecik lagi. dulu aku tak suka sangat budak kecik. ada jer budak merangkak nak pergi kat aku, aku lari.. sekarang nie kalau jumpa jer budak kecik aku gomol...hehehe nephew ngan adik ipar aku tu paling manja dengan aku..(ngan hubby pun sama) hubby rapat ngan Hariz.. sebab dier larat layan. adik ipar aku pulak rapat ngan aku daripada abgnya..kalau kitaorg balik kampung, dier akan sorak2, "yeah! yeah! kak Ain balik.." bukan sambut abgnya..hahaha (jangan marah sayang..hehe). yang nie sangat cerdik. sekarang umur dah 4 tahun. petah sangat bercakap. pastu suka tangkap gambar n make up. kalau main game pun nak game make up2..haha cuma malas gosok gigi jer..hehe (skrg dah pandai..kalau tangkap gambar mesti senyum tutup mulut..haha)

Hariz paling selalu wat aku touching. aku memang sangat rapat dengan dier sebab jaga dari kecik. kalau aku nak balik atau kalau dier call selalu nangis2. kadang2 aku pun sebak n rasa nak nangis bila dengar dier macam tu. teringat masa dier baby dulu, dier kena kuning. masa doc enject nak ambik darah, Hariz meraung, aku pulak yang nangis. Hariz panggil aku n hubby mummy daddy, mak ngan bapaknya mama n papa. so kalau ada anak nanti terus melekat dengan panggilan tulah. anak buah perempuan aku tu pulak selalu tak nak kat aku sebab jarang jumpa.. nak buat mcm mana kan mummy ngan daddy sibuk jer manjang..huhu

dalam gambar-gambar nie Tasha ngan Hariz pakai topi haiwan yang aku beli kat Cameron baru2 nie. Marissa punya pun ada, aku beli snow cap ngan selendang satu set tapi dier xnak pakai. sume posing dengan gaya masing2. Mummy@kak Ain loves u all. jangan la membesar cepat sangat k? mwahhhhh

my nephew : Izzat Hariz (5tahun)

my niece : Marissa Sofea (1 tahun)

my beloved sis-in-law paling kecik : Aina Natasha (4 tahun)

little cute elephant

XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOX

Kempunan nasi daun pisang

Cerita nak makan nasi daun pisang nie dah lama. Dari raya ke4 haritu lagi sebab dah muak dengan makanan raya. Tak tau kenapa lately nie selera lebih kepada masakan India. Mungkin sebab masa kat Kuala Kangsar haritu hubby selalu tapau kat mamak kot. ada 1 kedai mamak tu lauk dier memang sedap (sambil tulis sambil telan air liur...jolap boto..hahaha). tak tau apa nama kedai tu tp dekat ngan tempat kerja hubby. 1st time yang buat aku tergoda masa tu hubby tapau lauk sotong masak kunyit. fuhhhh...berperisa betul. kena dengan selera anak tekak aku nie. 2-3 hari berturut2 la aku makan lauk sama. agak2 dah boring tu hubby belikan pulak sambal ayam dier. fuhhhh...terangkat!! mmg masa kat KK kitaorg makan luar jer aku tak masak. sebabnya kat umah tu tak ada fridge. lagi satu peralatan masak macam periuk kuali tu sume tak ada. hubby pun cakap tak yah masak biar dier belikan jer..hehehe 

okayh...sebenarnya dah tersasar jauh nie dari tajuk..haha biasalah aku kalau  cerita bab makanan sampai esok pun sanggup..hehehehehe sambung cerita nasi daun pisang. masa raya ke4 tu aku ngan hubby dua2 teringin. hubby tiba2 sebut aku pun apa lagi..jom ajaaaa. dah lama aku tak sebut nak makan tu sebab ada sekali tu aku ajak hubby makan nasi daun pisang kat Rasah Jaya.  lepas makan tu hubby cakap hmmmm...bukan selera dier. sejak tu aku ingat dier tak suka nasi daun pisang. tu yg aku agak pelik dier teringin tiba2. tapi memang aku akui kat situ lauk dier kureng sikit...huhu 

masa otw nak ke kedai nasi daun pisang tu, tiba2 kereta mati. tersadai lah kejap tepi jalan. nasib baik ada kawan hubby datang tolong. call2 pomen sume cuti raya...huhuhu rupa-rupanya minyak tak ada. kurang asam betul.. meter minyak buat hal. biasa kalau kuning tu jauh lagi boleh jalan.. nie tak kuning pun.. ish3.(pengajaran: sejak dari tu tinggal setakuk jer minyak terus pergi isi). terus terbantut selera n tergendala agenda makan nasi daun pisang. aku pun dah lupa apa kitaorg makan lepas tu..hoho sedih3

masa aku accident hari Ahad lepas pun kes nak pergi makan nasik daun pisang jugak lah.. ada jer dugaan bila dalam perjalanan nak mentekedarah nasik daun pisang..mesti ada hikmah kan?huhu Ahad tu jugak, lepas dah settle hantar kereta kat bengkel, kitaorg bertiga (aku, hubby ngan adik ipar) teruskan jugak niat MURNI tu..haha kempunan pun susah kan? kebetulan kat depan bengkel tu ada kedai daun pisang (apa eh nama aku lupa..tepi deret dengan bangunan UMNO Rembau). superb giler lauk dier sedap. selain kuah2 n sayur yang dah sedia ada, hubby order kambing aku pulak mintak chili fish. sampai keluar hingus (dua2 hantu pedas). bertambah nasi hubby. yang kelakarnya makan bertiga jer. tapi air sampai 7 gelas (hubby ngan adik ipar masing2 dua gelas,aku sampai 3..hohoho) dua hari berturut2 makan situ. nanti kalau ada kesempatan nak ajak adik aku try situ. dier pun hantu nasik daun pisang...hee~ sekian


Sem baru...

Yeah..harinie 1 day of new sem aku setelah sebulan bercuti (kejap jer rasa cuti tau2 jer dah habis). back to school...yeahhh. kawan-kawan lain dah start semalam tapi aku xdatang sebab nak settlekan hal kereta aku kat bengkel and nak settlekan hal insurans kereta. So since aku tak ada kereta, harinie pergi kelas naik teksi.. nak tau berapa uncle ngan pak cik tu mintak bayaran? RM12. gilerrrrrrr....padahal rumah sewa aku dgn college dekat sangat2...tp xleh lah jalan kaki tapi dekat la.. patutnya kalau ikut meter dalam RM5 jer kot. aku mintak2 kurang dapat RM10 jer. menyirap jer.. dier ingat belajar kat situ semua kaya2..huhu nak naik bas aku tak reti.. lagipun kena jalan jauh jugak.. hubby kata tak apa lah nak buat mcm mana? tapi aku ada amik no plate uncle n pak cik tu...tunggu...nanti aku nak komplen..

Harinie kelas organic chemistry.. oklah..baru2 kan masih leh catch up. masih boleh guna otakku ini..hehe best jumpa kawan2.. tergelak jer.. yang lagi bestnya this sem kitaorg dah jadi senior...hehe harinie utk subject organic chem kitaorg buat grouping untuk assignment. dapat topic : inverted sugar.. partner aku Carisa..yeahhh. sebenarnya dah ada hawa2 sibuk n tension tu. tapi apa pun untuk this sem aku tak nak buat kerja last minute lagi.. belajar dr kesilapan n pengalaman lalu...hee~ esok dgn Jumaat xde kelas..soooo...enjoy!!!!

jejak kaki pertama setelah sebulan bercuti

feeling2 dulu dalam library. awal dah sampai.. biasalahhhh...good student kan?hehehe

new sem picture.. #love #friends

buah tangan dari Jepun. Nicholas kasi..tqqqq

Accident...huhu

Pada hari Ahad yang lepas, lebih kurang jam 5.30 ptg, kami mengalami kemalangan. Masa tu otw to Rasah Jaya dari Seremban 2..ikut jalan Mambau (plan nak makan nasi daun pisang). Tup...tup...depan 7e lepas balai polis tu, ada satu motor lintas tak pandang kiri kanan. Nasib baik hubby sempat brek kalau tak dah Innalillah dah mamat motor tu.. Alhamdulillah tak ada kecederaan berlaku pada kami cuma mamat moto tu luka2 lah... Kitaorg offer nak hantar hospital tapi dier tak nak...nak tunggu bapak dier sampai. Tapi kalau nak bawak pun kete tu mungkin tak boleh jalan sebab rasanya absober pecah and air dah melimpah keluar..huhuhu

Aku terus call towing Etiqa tapi luar waktu perkhidmatan pulak (sebab hari Ahad)...sakit jer hati.. Patutnya kena available setiap hari n 24 jam la sebab kemalangan kan bila-bila jer boleh berlaku. Tak lama kemudian ada satu tow truck sampai. Mungkin ada somebody yg call. Brother tu yang angkut kereta n bawak kitaorg pergi balai polis Seremban 2 semua. Dengan motor skali kitaorg angkut.  Since nie 1st time kitaorg kemalangan macam nie, agak kelang kabut la jugak. Masa jadi tu, tergamam n aku menggigil dalam kereta sebab orang motor tu dah melambung dah.. Tak tau dier hidup lagi ker tak masa tu..huhuhu. Nasib baik cedera sikit jer... Tapi memang salah dier pun tiba2 keluar nak cross masuk jalan orang. 

Mamat motor tu bukan warganegara Malaysia. Dengar loghat dier macam orang Acheh. Lesen pun tak ada..huhu Lepas jadi tu dier call pastu ramai kaum kerabat dier datang mintak tolong jangan report semua. Kalau tak report macam mana nak claim insuran kan? Kitaorg tanya diaorang ada yang sanggup bayar ker? Tapi tak ada yang sanggup..hmmm terpaksa claim insurans kereta aku..:'(

Akibat kemalangan tu, kete aku kena masuk bengkel. Nak pergi kelas tak ada transport so sementara waktu kena naik teksi (duit lagi). NCD insurans kereta dah 38% so bila claim dah jadi 0% balik.. Ambik masa lama kat balai polis tuk buat report. Aku pun citelah apa yg berlaku. Huwaaaaaa...sedihnya.. Nangis2 aku malam tu.. Sakit sangat hati..tapi walau apa pun, mesti ada hikmah disebalik.. Sabar dan redha. So kat bawah nie gambar2 yang sempat aku tangkap..huhu. Nasib baik roadtax, insurans kereta ngan lesen hidup lagi...huhu

Antara langkah-langkah yang perlu diambil kalau ada kemalangan:

1. Kalau ada kecederaan serius call 999 
2. Call towing
3. Ambik gambar, no telefon, no plat, and kalau boleh ic orang yg terlibat
4. Buat report polis
5. Selesaikan dengan bengkel untuk hal2 insurans. Dokumen yang diperlukan untuk claim insurans ( ic owner, lesen, report polis, cover note insurans kereta dan geran kereta





Friday, 23 August 2013

Pokok kaktus lagi satu...

This pic was taken at 9.00 pm on 23/08/2013

Okayh...nie lagi satu pokok kaktus mini comelku yang nak keluarkan bunga... Comel sangat kan? Satu tu bunganya nak kembang dah... And ada satu lagi kat sebelah ia kecik ciknonet jer... Comel la kaktus nie.. Senang pun senang nak jaga cuma kena hati2 la masa nak mengendalikannya.. Takut terkena duri pulak.. Jari aku nie dah bape kali luka kena duri ia.. Lagi2 kaktus aku yang warna warni yang macam micky mouse tu (hubby yang panggil micky mouse..hehe). Durinya macam bulu2..halus sangat.. Bila kena sakitnya mcm kena selumbar.. Kita tunggu perkembangannya yaaaa...apa-apa Nanti akan diupdate...Ok bye...

Gambar nie diambil pada 24/8/2013 lebih kurang pukul 10 pagi...hee~

Nie pun sama...cantik kan?

Okayh...miss baby cactus semua sebab daddy yang tolong jagakan...lambang cinta konon..hehehe

My cinta hati...

I love u soo much sayang... Tuhan jer tau betapa cinta dan sayangnya mummy kat daddy... Thank you so much for everything... Thanks sebab sanggup bersabar melayan kerenah mummy sepanjang kita kahwin.. Thanks sebab tak pernah putus asa dengan mummy. Mummy akan cuba jadi isteri terbaik.. I will make you proud... Terima kasih Ya Allah kerana jodohkan kami. Semoga ikatan yang terbina kekal sehingga jannah.. Aminn

Thursday, 22 August 2013

Red Velvet


Alhamdulillah...hilang kepunan dapat makan red velvet walaupun 1 slice jer.. Thank u hubby tersayang..really appreciate it. Sebelum nie aku ada post pasal teringin nak makan red velvet sangat2. Pastu kat sini tak ada peralatan untuk membuatnya. Pastu hubby pergi kat Secret Recipe carikkan untuk aku. Sampai-sampai jer depa kata habis..(depa kata red velvet nasib2 jer dapat...paling cepat habis)... Amboihhhh..laku nooooooo...hahaha Hubby belikan kek lain untuk ganti. Lagipun dier pergi dah lewat sangat..nak dekat pukul 11. Dier habis kerja pun dah 10 lebih. Apapun habis jugak kek ganti yang hubby belikan tu..hehe

Misi red velvet masih diteruskan. Aku cari bakers kat Kuala Kangsar nie dan order. Tapi akak tu kata tak buat pulak sebab tak ada kedai. Aku pun tak paham...bercuti ker? Aku malas nak tanya lebih2 sebab dah kecewa giler.. Pagi tadi dalam kul 10 hubby call tanya nak makan apa? Sebenarnya dalam kepala nak cakap red velvet tapi tak sampai hati. Kalau aku cakap confirm hubby belikan punya. Aku jer yang tak sampai hati nanti hubby masuk kerja lambat pulak. Ofis dier dengan rumah boleh tahan jauh. Aku pun pendamkan jer and bagitau dier aku nak makan lauk ikan...tapi nak ikan yang goreng garing. Hubby pun kata ok. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...