Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday 22 August 2013

Red Velvet


Alhamdulillah...hilang kepunan dapat makan red velvet walaupun 1 slice jer.. Thank u hubby tersayang..really appreciate it. Sebelum nie aku ada post pasal teringin nak makan red velvet sangat2. Pastu kat sini tak ada peralatan untuk membuatnya. Pastu hubby pergi kat Secret Recipe carikkan untuk aku. Sampai-sampai jer depa kata habis..(depa kata red velvet nasib2 jer dapat...paling cepat habis)... Amboihhhh..laku nooooooo...hahaha Hubby belikan kek lain untuk ganti. Lagipun dier pergi dah lewat sangat..nak dekat pukul 11. Dier habis kerja pun dah 10 lebih. Apapun habis jugak kek ganti yang hubby belikan tu..hehe

Misi red velvet masih diteruskan. Aku cari bakers kat Kuala Kangsar nie dan order. Tapi akak tu kata tak buat pulak sebab tak ada kedai. Aku pun tak paham...bercuti ker? Aku malas nak tanya lebih2 sebab dah kecewa giler.. Pagi tadi dalam kul 10 hubby call tanya nak makan apa? Sebenarnya dalam kepala nak cakap red velvet tapi tak sampai hati. Kalau aku cakap confirm hubby belikan punya. Aku jer yang tak sampai hati nanti hubby masuk kerja lambat pulak. Ofis dier dengan rumah boleh tahan jauh. Aku pun pendamkan jer and bagitau dier aku nak makan lauk ikan...tapi nak ikan yang goreng garing. Hubby pun kata ok. 
Dalam pukul 12.30 tgh hari camtu hubby sampai rumah bawakkan makanan. N guess what? Red velvet in the house.... Terkejut beruk aku.. Memang nie perkara kecik jer...setakat kempunan red velvet tapi bila orang dapat baca isi hati kita sangat2 rare n terharu ok. Aku betul2 rasa nak nangis n peluk dier. Banyak kali cakap tq. Actually pasal aku teringin sangat2 red velvet nie dah lama. Yang aku merengek nak sgt pada 14 hb haritu. Harinie dah 22 hb. Sooo...dah lama jugak aku penyapkan tak kasitau dier n harinie teringin tu datang balik tiba2 jeng3!!! Dapat...hehe. Terharu sangat. Thank u sayang.

Aku nie ngade2 lebih. Sebenarnya kereta ada jer kalau nak cari, tapi badan nie tak berapa nak larat. Almaklumlah...dah 2-3 hari demam. Tadi berdiri sikit pun dah rasa nak pitam. Lagi satu aku tak berani nak keluar sebab tak tau jalan. Tak familiar jalan kat Kuala Kangsar nie. Ada jer gps tapi entah...sekali bermanja atau berkali2 nak manja dengan hubby sendiri apa salahnya...hehehehe. 

Produk review pulak, kalau 5 bintang aku kasi 3 jer untuk red velvet SR nie. Sebabnya aku tak berkenan dengan rasa apricotnya. Selama nie aku buat or makan tak penah taruk apricot. Its something new. Bagi aku red velvet nie, keknya tu rasa chocolatey yang masam2 kena pulak frosting cream cheesenya yang yummyyyyy...owhhhh heaven! Mungkin tekak aku jer yang tak kena dgn appricot tu..mana tau org lain rasa sedap. Sebelum nie aku penah buat red velvet letak strawberry...memang terangkat. Sangat kena dgn masam2 strawberry. Apapun thank you sayang sebab memenuhi kehendak mummy.. Terharu sangat. I love u sooo much..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...