Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, 22 January 2014

Putu Piring Tengkera


Pada hari Jumaat (17/1/2014) yang lepas, hubby cuti sempena Thaipusam so kami pun ke Melaka. Konon-konon misi nak cari coconut shake n putu piring sambil2 tu leh lawat family kat sana. Kitaorg sampai siang. Rehat2 dulu, main2 ngan anak buah, malam tu misi mencari putu piring pun bermula. Cek alamat kat internet, pastu terus set gps. Takdelah jauh sangat. Kalau x jem, dari rumah kakak aku dalam 15 minit jer dah sampai. Masa kitaorg sampai tu, xde orang. Hubby dgn sorang lagi customer tu jer yang beli.. Tup..tup..tiba2 ramai yang berhenti kereta n turun beratur nak beli. Siap kena tulis nama lagi. Kira kebetulan lah time kitaorg sampai tu xde orang..phewww

Akhirnya dapat jugak aku merasa putu piring Tengkera yang famous nie. Memang sedap. Tengok rupanya pun dah tau kan? Sangat lembut, gebu dan cukup rasa manisnya. Sedap makan panas2. Wangi jer. Ada sesetengah peniaga yang nak untung lebih, letak sikit jer gula melaka..akibatnya putu piring tu jadi tawar dan xsedap dan orang xkan ulang2 beli. Kalau buat sedap2, jual mahal sikit pun orang mesti beli punya. Kena cukup rasa gitu...hihi. Tapi kalau terlebih manis sangat pun xsedap jugak kan?huhu. yang sedang2 sajaa....Tak silap aku yang jual nie baba nyonya. Dan mereka sangat menitikberatkan kualiti dan sangat teliti dalam memilih bahan2 untuk membuat putu piring tu. Even tepung beras tu pun diaorg buat sendiri. Sebab tu putu piring nie rasanya lain dari yang lain. 

Actually misi mencari putu piring nie dah lama.. Sejak aku tertengok kat tv haritu. Terliur dibuatnya. Tapi everytime aku pergi Melaka, kadang2 terlupa.. Kadang2 abg ipar tolong belikan...sebab dier tau aku nak sangat. Tapi dier beli kat tempat2 lain. Ada yang ok...ada yang kureng. And satu lagi halangan, sebab aku selalu pergi Melaka hari Ahad. Setiap Ahad mmg tutup. Sedih...😢 

Oklah..malas nak cakap banyak. Kat sini aku sertakan alamat nak ke tempat nie. So sape2 nak try bolehlah pergi. Opsss...sebelum terlupa aku nak bagitau, putu piring nie harganya RM1/satu. Jangan terkejut pulak..dah pesan awal2..hihihi. 


Putu Piring Tengkera

Produkputu piring
AlamatGPS Coordinate252, Jalan Tengkera, 75200 Melaka.
N2 12.076 E102 14.326

Waktu
Perniagaan


No telefon
4.30pm – 10.30pm (Ahad tutup)

06-2821505



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...