Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 26 September 2015

Tapai Ubi Pencegah Kanser.


JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga kesihatan meskipun ia bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap hari.

Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan kaedah yang murah berbanding makanan kesihatan lain sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang mahal dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke atas tubuh anda. Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan dikenali sebagai bakteriosin. Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktik yang dipencil atau diasingkan dari tapai ubi (Manihot esculanta) dan didapati berkemampuan mencegah kanser.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekumpulan penyelidik sedang berusaha untuk mencari kemungkinan bahawa tapai ubi boleh dimakan sebagai makanan tambahan atau makanan berfungsi selepas mendapati kemampuannya mencegah penyakit kanser.
Kumpulan tersebut terdiri daripada Dr. Latifah Saiful Yazan sebagai ketua penyelidik, yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Sains Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Beliau menjalankan penyelidikan tersebut bersama tiga pensyarah lain dengan kepakaran yang berbeza-beza iaitu Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling dan Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahim dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul serta Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian.

Menurut Latifah, kajian beliau sebelum ini lebih menjurus kepada aktiviti sitotoksik sesuatu agen atau sebatian, atau secara ringkasnya ke arah pencarian sesuatu agen atau sebatian yang berkemampuan untuk membunuh sel-sel kanser pada peringkat in vitro (ujian dalam makmal).

Proses penyaringan seumpamanya telah dijalankan oleh Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat (AS) semenjak tahun 1960. Kaedah ini lebih murah, memerlukan sample yang sedikit, mudah dan cepat jika dibandingkan dengan kaedah yang menggunakan haiwan. Oleh kerana kebanyakan ubat anti kanser membunuh sel dengan berkesan, bahan-bahan Ini juga dikenali sebagai agen sitotoksik dan inilah asas kepada penyaringan tersebut.

Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling telah berjaya mengasingkan bakteriosin yang dikenali sebagai bakteriosin UL4 yang dihasilkan oleh Lactobacillus plantarum UL4 (sejenis bakteria asid laktik).


Bakteriosin UL4 ini didapati berkemampuan untuk menyekat atau merencat pertumbuhan beberapa jenis patogen atau mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti Bacillus aureus, Escherichia coli, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus aureus, Salmonella typhimurium, Enterococcus faecium, Enterococcus feacalis dan Listeria monocytogenes.

Selain itu, ia juga boleh bertahan pada suhu setinggi 1210C selama 15 minit dan suhu serendah 150C selama 60 hari dan dalam julat pH yang besar, iaitu di antara pH 2-5 (pH berasid) dan pH 7-8 (Ph beralkali).

Berdasarkan ciri-ciri hebat itu, bakteriosin tersebut dilihat berpotensi besar untuk menjadi bahan pengawet semula jadi dan mesra pengguna di dalam pelbagai industri makanan seperti makanan yang dibekukan dan hasilan makanan berasid dan beralkali.

Disebabkan ciri-ciri tersebut jugalah, kami bercadang untuk menguji aktiviti sitotoksik bakteriosin tersebut terhadap beberapa jujukan sel kanser yang kami ada,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Secara amnya, di dalam kaedah untuk menguji aktiviti sitotoksik ini, sel-sel kanser yang dibiakkan di dalam telaga yang terdapat pada plat 96-telaga atau plat mikrotiter dirawat dengan bakteriosin pada kepekatan yang berbeza-beza dan dibiarkan selama 72 jam di dalam kebuk karbon dioksida.

Prinsipnya agen atau bahan yang sitotoksik akan merencat pembahagian sel dalam kultur.Oleh itu, pada kepekatan yang berkesan bagi agen atau bahan tersebut, sel-sel tidak akan tumbuh membahagi dan memenuhi ruang telaga tersebut. Kesan perencatan tersebut boleh dianalisis melalui beberapa teknik dan yang paling mudah adalah melalui asai kolorimetri dan bukan radioaktif menggunakan garam tetrazolium MTT. Latifah mendapati bahawa bakteriosin telah menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak melihat bakteriosin berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen untuk mengubati kanser kerana nilai IC50 (kepekatan yang berkemampuan untuk mengurangkan bilangan sel sebanyak 50 peratus berbanding kawalan) adalah agak tinggi.
Dengan kata lain, sekiranya sesuatu bahan atau sebatian yang digunakan untuk membunuh sesuatu sel perlu pada tahap kepekatan sehingga separuh daripada bahan dalam uji kaji kawalan dalam makmal, ia dianggap tidak sesuai dijadikan ubat.

Oleh kerana itu, kami cuba memandang kemampuan bakteriosin dari sudut yang berbeza. Walaupun tidak mampu mengubati kanser, siapa tahu ia mampu untuk mencegah dari mendapat kanser.

Latifah berkata, geran yang diperoleh dari MAKNA tersebut akan digunakan untuk menguji secara teliti kesan bakteriosin ke atas tikus makmal yang diaruhkan untuk mendapat kanser kulit.

Tikus-tikus tersebut akan diaruh menggunakan bahan kimia pemula dan penggalak kanser. Dalam pada itu, bilangan dan saiz tumor yang terbentuk akan diperhatikan. ``Insya-Allah, sekiranya penyelidikan yang dijangka memakan masa dua tahun ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan, kami berhasrat untuk membangunkan bakteriosin sebagai makanan berfungsi,'' katanya.

Oleh: LAUPA JUNUS (Wartawan Utusan)

C&P dari blog: http://cancer-b17.blogspot.my/2010/07/tapai-ubi-pencegah-kanser.html

Tuesday, 12 May 2015

Pantai oh pantai..



Cuti-cuti nie, bila hubby free jer, mesti kitaorg plan berjalan punya.. Mana pergi mesti cari laut... Seperti yang dapat dilihat dalam gambar, kami pergi ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) kat Kelantan, Pantai Batu Burok, Terengganu, Pantai Klebang, Melaka, Pantai Batu Feringghi, Pulau Pinang. Hujung2 minggu nanti kalau free leh pergi Port Dickson pulak...dekat jer dengan rumah. Next plan, tggu hujan, ribut ngan angin kuat reda, kitaorg plan nak pergi Pulau Tioman. InshaaAllah.. lepak2 kat tepi pantai. Hirup udara laut.. Indah ngan tenang jer rasa.. Sebabnya, manusia nie diciptakan dari tanah..bila dengan air rasa sejuk dah tenang... Daripada tanah kita diciptakan, kepada tanah juga kita kembali..



Monday, 2 March 2015

Doa untuk kuatkan rahim dan elak keguguran..

Assalamualaikum..

Harinie saya nak share doa untuk kuatkan rahim dan elak keguguran yang akan saya amalkan, Insha Allah.. Doa ni saya copy dari Blog Fertiliti Dr Natasha Nor. Terima kasih Dr.. Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk kita semua.. Amin..

1. Membaca surah Al-Hij’r ayat 97, 98 dan 99:

Maksudnya:

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
2. Membaca zikir Ya Mubdi.  yang bermaksud Pencipta.

Hendaklah suami atau seseorang membaca zikir tersebut di atas sebanyak 99 kali pada waktu sahur (sebelum Fajr) dan meletakkan tangan di atas perut isterinya atau perempuan yang sedang hamil.

3. Membaca doa tersebut di bawah:

Maksudnya: 

Ya Allah, Tuhan yang mengenggam langit sehingga tidak jatuh ke bumi, ia tegak tanpa atap. Genggamlah janin yang ada di rahimku, sempurnakan dia hingga dia lahir dengan baik dan selamat. Amin..

Tuesday, 23 December 2014

Jom berdiet dengan Diet Atkins..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah lama rasanya saya tak update kat blog nie..bak kat orang, dah bersawang2 eh?hehe

Sekarang nie saya tengah cuti sem.. cuti sekejap jer sebelum start praktikal Januari 2015 nnti..InshaAllah.. So, sementara ada masa terluang yang tak berapa nak ada nie, saya akan cuba update blog sekerap mungkin. Just nak share ilmu dan pengalaman yang saya ada dan lalui yang tak seberapa nie..=)

Okayh..saya ada 1 pengumuman nak buat. Harinie saya nak umumkan yang saya nak start balik diet Atkins...kikiki. Dulu saya dah pernah diet dengan cara nie tapi semangat tu dah kelaut..haha. Hangat-hangat taik ayam jer..=P

Actually badan saya agak gempal. Mungkin tak nampak sangat sebab ramai orang kata saya tinggi (ketinggian 169cm). Saya memang suka and kuat makan..lagi2 bila saya dalam bidang n line makanan. Saya rasa enjoy setiap kali saya makan.. Saya suka cuba makanan pelik2 nie..makanan2 tradisi, makanan baru.. Setiap pengalaman tu sangat berharga dan bermakna bagi saya..chewahh. Yang bestnya, husband saya pun kongsi minat yang sama..tu yang menjadi2 tu..hihi

Tapi harinie, saya memang berazam nak start diet. Kira azam tahun baru yang terawal seminggu..hehe Bukan sahaja sebab saya nak turunkan berat badan jer, tapi juga sebab saya nak jaga kesihatan. Lately nie saya rasa saya banyak sangat makan benda-benda manis. Takut jugak kalau kena kencing manis..Nauzubillah.. 


Sebelum nie dah pernah terdetik nak follow balik diet Atkins.. Semangat tu lagi datang membuak-buak bila ada kawan saya share "Buku Panduan Diet Atkins" dan "Buku Resepi Diet Atkins" nie kat Facebook. Thank u pada yang share (Shuhada Abdullah) ilmu yang sangat berharga nie. Semoga saya istiqamah..n pada siapa2 yang nak diet sama, jom!! We all can do it!! Pada siapa2 yang nak buku panduan n resepi boleh klik kat link2 di bawah2: 

BUKU PANDUAN DIET ATKINS

BUKU RESEPI DIET ATKINS

NOTA RINGKAS DIET ATKINS

MENU DIBENARKAN DAN TAK DIBENARKAN

Thursday, 13 March 2014

Teringin nak makan (Upside-down Cake)

Assalamualaikum..
Kum apa kum bak..bak apa batman...kum apa kum..kum..kum..hehe (tiba-tiba)

Bosan betul harinie xada apa nak buat kat rumah.. Ape lagi..berangan lah..hihi. Harinie aku berangan nak makan upside down cake.. Teringin pulak rasa..cedapnya...nyam3. Aku pun google image bagi melayan kehendak anak tekak ku ini.. Since sekarang me ngan my hubby tgh berdiet, so xdapatlah memenuhi kehendak mengada-ngada ku itu.. Tengok gambar jelah..huhu

Sambil2 menelaah tu, aku buat kesimpulan bahawa apa2 jenis buah pun boleh diupside down cakekan..(fuhh..bahasa..haha). Tapi 6 jenis buah nie yang selalu orang buat dan combination nie mmg nampak sangat sedap dan menggiurkan. 6 jenis buah tersebut adalah:

1. Nenas
2. Pisang
3. Apple
4. Orange
5. Strawberry
6. Peach

Okayh..sekarang masa untuk santapan mata..hihi

Pineapple Upside-down Cake

Banana Upside-down Cake

Apple Upside-down Cake

Orange Upside-down Cake

Strawberry Upside-down Cake

Peach Upside-down Cake

Okayh...terima kasih kerana membaca..sekian...:)

Tuesday, 28 January 2014

Tiba-tiba teringin durian

Hujan xde ribut takde tiba2 jer aku rasa teringin nak makan durian.. Rasa cam baru jer makan haritu..tapi tak puas2..haha Bagi aku durian nie raja segala buah...lantak pi lah kalau orang tak suka ker, kutuk2 ker, lagi bagus...xdelah habis durian kat dunia nie..haha. Family aku hampir semua hantu durian. Yang kelakarnya..anak buah aku umur baru setahun setengah pun suka durian. Abangnya tak suka. Kalau nampak sape2 makan durian, terus dier datang..haha tapi xnak bagi banyak sangat nnti dier sembelit...n satu lagi takut badan panas. Kalau dier datang kat aku, mesti buat muka kesian.. Terpaksa la suap sikit..hehe

Okayh...since aku teringin nak makan durian, tapi tahap teringin tu takdelah sampai nak mencari. Aku pun google2 gambar durian dan dessert2 yang boleh dibuat daripada durian. Tengok gambar pun dah boleh buat aku kenyang...hehe ada 8 dessert yang aku suka n bagi aku paling sesuai dengan durian.


Kalau makan durian sahaja tu yang paling THORbaikk.. Sampai kenyang pun boleh..haha tapi untuk variasikannya, durian juga sedap dibuat pengat (cicah dengan roti gardenia@roti jala....perghhh), durian balls yang digoreng garing, kek durian, durian puff, pulut durian, aiskrim durian, durian crepe (my dad's most favourite..dier kata lagi sedap dari makan durian saje) n durian roll cake. Durian balls tu ada jual frozen kat supermarket. Tapi tengok la..kadang2 inti dier sedap..kadang mcm campur ngan tepung jer..:( durian puff ngan durian ice cream kat Taste Better mmg sedap giler...teringat2. Yang durian roll cake tu aku x pernah buat...tapi dapat bayangkan macam mana... Before gulung roll cake tu, sapu krim, letak isi durian...then gulung...fuhhh..pasti terangkat!!! Durian cake, durian puff, pengat ngan pulut durian tu dah lama aku xbuat...rindu pulak rasa nak makan.. Sekali baut pueh hati.. Kan dah terkeluar bahasa nogori..haha. Oklah..nak sambung berangan...daaaa :)


Kek Karamel

Alhamdulillah..menjadi jugak kek karamel paddle pop idaman kalbu nie.. Sebenarnya mula2 takut sangat nak buat...sebab ramai yang kata kek nie berhantu...ramai yang buat xjadi. Tapi Alhamdulillah masa aku buat first time jadi.. Sedap giler kek nie.. Makan sejuk2 perghhhh... Cuma ada sedikit kesilapan teknikal. Patutnya kuah air gula hangus tu tak boleh kena kek.. Sebab bila kena jer kek jadi lembik dan soggy.. So lepas snap gambar cepat2 aku buang air gula tu. Sikit jer yang terjejas..tapi dah selamat masuk mulut...hehehe my hubby kata this cake gonna be his new favourite request...xpe sayang...sayang mintak jer...mmy always willing buat untuk sayang..<3


Memang aku plan nak buat kek nie guna 3 warna di atas(biru+pink+kuning). So ia dapat mengimbau kembali zaman kanak2 aku yang suka sangat makan paddle pop..haha. Kek tu nampak kecik kan, actually mmg kecik.. Aku buat half adunan, guna loyang saiz 6" sebab buat untuk makan berdua jer. Tapi lepas post gambar nie, ramai yang request aku nak rasa.. InshaAllah tengok kesempatan...kalau ada kelapangan nnti aku buatkan.. Resepi nanti InshaAllah aku masukkan..biasanya aku masuk resepi kat blog satu lagi..tapi xpelah..aku akan tepek link kat sini..hehe. Okayh...daaa

Kepada sesiapa yang nak resepi kek karamel nie boleh tengok dekat akaun saya satu lagi kat link nie : http://ainskitchen.blogspot.com/2014/03/resepi-kek-karamel-paddle-pop-step-by.html Lengkap dengan step-by-step. 

Terima Kasih

Saturday, 25 January 2014

Muara Sungai Duyung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..

Pada hari Sabtu (18/1/2013) yang lepas, aku ngan hubby pergi Melaka.. sajer jalan2 sempena cuti Thaipusam.. Abang ipar ajak la makan kat Muara Sungai Duyung..dier belanja..hehehehe Jarang dier offer makan sana hari Sabtu.. sebab orang penuh.. sampai kena beratur... Suasana sangat meriah.. macam kenduri pun ada..hahaha Tapi yang syoknya bila ramai-ramai nie, selera kita jadi bertambah.. Fakta ke auta?haaaaa...haha Hubby sempat la tangkap gambar sekitar kawasan.. bila part makanan jer, xsempat nak ambik gambar.. Sebabnya semua perut dah kebulur..haha. Haritu kami makan, udang masak sweet sour, ikan tiga  rasa, ikan stim halia, sotong celup tepung, lala masak halia, otak2, dan nasik lemak.. Air kitaorg order fresh orange satu jug.. rasa mmg superb..betul2 ho liao!haha rasa xlari dari dulu sampai skrg.. Kat sini aku sertakan sekali alamat, direction n no telefon untuk rujukan so kalau sape2 nak pergi senang..nak booking dulu pun boleh..  okayhlah...biar gambar berkata2..mwahhh. =)

Muara Sungai Duyung

Alamat                      : KM 4-5, Jalan Padang Temu, Permatang Pasir, 75460, Melaka
No Telefon                 :  +6012-6362339
GPS Coordinates        : N 2 11.166, E 102 16.997
Waktu Perniagaan     : 5.00 petang - 12.00 malam

Direction to Muara Sungai Duyung

Macam kenduri kan? kan?

yang lain2 xsempat nak ambik gambar...huhuhu



Ikan-ikan yang segar untuk dipilih 


 AMARAN!!!! Scroll lagi bawah gambar gedik kitaorg jer..haha. dah pesan awal2 ok?hihihi
=====================================================================================
Dengan my hubby tercinta..wink2 

Mummy merajuk Hariz xnak tangkap gambar dengan mummy..huhuhu

Dengan my bro..

Dengan Marissa Sofea

Confuse jap...nak posing ker nak makan nie?hahaha

Hubby, Sister, Sister-in-law, and ME

Wednesday, 22 January 2014

Putu Piring Tengkera


Pada hari Jumaat (17/1/2014) yang lepas, hubby cuti sempena Thaipusam so kami pun ke Melaka. Konon-konon misi nak cari coconut shake n putu piring sambil2 tu leh lawat family kat sana. Kitaorg sampai siang. Rehat2 dulu, main2 ngan anak buah, malam tu misi mencari putu piring pun bermula. Cek alamat kat internet, pastu terus set gps. Takdelah jauh sangat. Kalau x jem, dari rumah kakak aku dalam 15 minit jer dah sampai. Masa kitaorg sampai tu, xde orang. Hubby dgn sorang lagi customer tu jer yang beli.. Tup..tup..tiba2 ramai yang berhenti kereta n turun beratur nak beli. Siap kena tulis nama lagi. Kira kebetulan lah time kitaorg sampai tu xde orang..phewww

Akhirnya dapat jugak aku merasa putu piring Tengkera yang famous nie. Memang sedap. Tengok rupanya pun dah tau kan? Sangat lembut, gebu dan cukup rasa manisnya. Sedap makan panas2. Wangi jer. Ada sesetengah peniaga yang nak untung lebih, letak sikit jer gula melaka..akibatnya putu piring tu jadi tawar dan xsedap dan orang xkan ulang2 beli. Kalau buat sedap2, jual mahal sikit pun orang mesti beli punya. Kena cukup rasa gitu...hihi. Tapi kalau terlebih manis sangat pun xsedap jugak kan?huhu. yang sedang2 sajaa....Tak silap aku yang jual nie baba nyonya. Dan mereka sangat menitikberatkan kualiti dan sangat teliti dalam memilih bahan2 untuk membuat putu piring tu. Even tepung beras tu pun diaorg buat sendiri. Sebab tu putu piring nie rasanya lain dari yang lain. 

Actually misi mencari putu piring nie dah lama.. Sejak aku tertengok kat tv haritu. Terliur dibuatnya. Tapi everytime aku pergi Melaka, kadang2 terlupa.. Kadang2 abg ipar tolong belikan...sebab dier tau aku nak sangat. Tapi dier beli kat tempat2 lain. Ada yang ok...ada yang kureng. And satu lagi halangan, sebab aku selalu pergi Melaka hari Ahad. Setiap Ahad mmg tutup. Sedih...😢 

Oklah..malas nak cakap banyak. Kat sini aku sertakan alamat nak ke tempat nie. So sape2 nak try bolehlah pergi. Opsss...sebelum terlupa aku nak bagitau, putu piring nie harganya RM1/satu. Jangan terkejut pulak..dah pesan awal2..hihihi. 


Putu Piring Tengkera

Produkputu piring
AlamatGPS Coordinate252, Jalan Tengkera, 75200 Melaka.
N2 12.076 E102 14.326

Waktu
Perniagaan


No telefon
4.30pm – 10.30pm (Ahad tutup)

06-2821505



Friday, 13 September 2013

Demi cinta..

Perghh...tajuk tak leh blah...demi cinta la sangat... Well...demi cinta lautan api ku renangi jua..hahaha. Since harinie tak ada kelas, so aku plan nak pergi Kuala Kangsar surprise kan hubby. Lepas jer habis kelas semalam, aku terus gerak dari college. Habis kelas dalam pukul 5. Aku pun terus pergi kat tempat menunggu teksi tu pastu aku tanya kat ane teksi, kalau nak pergi Pudu berapa tambang? RM40...perghh..mahal..dier kata sebab jem. Hurm...takpelah...aku suh dier hantar aku kat hentian Setia Jaya jer. tambang kena Rm12...sob...sob. kalau naik teksi yang call@guna apps lagi murah.. biasanya tambang dalam RM8 jer kalau x jem. tapi sebab aku tak kuasa nak tunggu...pastu takut nanti start n sangkut dalam jem, aku pun terus naik teksi standby tu. Bermulalah perjalanan yang tak berapa nak extreme sgt bagi org lain tp sgt mencabar bagi aku..haha 

ok..sampai2 jer kat Setia Jaya, aku pun terus beli tiket nak ke KL Central (RM1.30). Sebenar-benarnya aku tak reti sangat nak naik train nie. Kalau direct jer ok...tapi kalau kena tukar2 tu aku pening. Lama jugak lah tunggu...sebab ms aku tgh beli tiket tu train baru lepas. Sampai jer train, aku terus masuk kat coach wanita. Alhamdulillah dapat seat. Sebenarnya aku rasa nervous n excited. Excited sangat sebab nak surprise kan hubby, aku tipu dier konon2 aku cakap aku stayback kat library buat assignment sampai malam.. Tipu sunat takpe...hehehehe nervous pulak sebab dah lama x naik train n tak reti transit2 nie. Cuma yang aku tau, KL Central nie tempat ibu segala jalan. 

Sampai-sampai jer kat KL Central, aku pun tanya abang kat kaunter tu, mcm mana nak pergi Stesen Bas Puduraya? Abg tu cakap la amik tiket ke Plaza Rakyat. Aku pun beli tiket KL Central - Plaza Rakyat (RM2.50). Punyalah ramai manusia sebab masa tu time orang balik kerja pukul 5.30 - 6.00. Perut dah kebulur mintak makan...krukk..krukk. Aku ingat nak cari makan dulu, tapi bila tengok semua tempat orang beratur panjang terus aku batalkan niat tu. nantilah da sampai Pudu lah baru makan. Kalau boleh nak cepat sampai, so nanti boleh beli tiket bas awal. Aku pun tengok kat peta laluan Lrt yang ada kat situ. Eh...tak ada pun tulis Plaza Rakyat. Yang ada berdekatan yang aku tau cuma Pasar Seni n Masjik Jamek. Dalam fikiran aku, mungkin Plaza Rakyat tu hentian baru, so belum ada tulis n mungkin located diantara Pasar Seni ngan Masjid Jamek kot. Aku pun pergilah kat platform menunggu tu. MashaAllah ramainyer manusia. 2 train aku tak sempat naik sebab penuh sampai tak muat. 

Dah masuk dalam train, aku pun tunggu nak ke hentian Plaza Rakyat. Lepas dah lepas hentian Pasar Seni tu, aku expect Plaza Rakyat la kan? Tengok2 terus Masjid Jamek.. Eh? Yang aku tau kalau dah lepas dua2 tempat nie akan pergi lagi jauh...so..aku pun turun masa kat Masjid Jamek. Dalam fikiran aku masa tu worst come to worst dah sampai Masjid Jamek dah dekat dah dengan Pudu, naik teksi pun xpe. Rupa-rupanya kena transit 1 lagi train dipanggil monorail. Tengok kat peta panduan tu barula nampak Plaza Rakyat. Manalah aku tauu.. Selama nie kalau nak ke area2 situ aku drive jer. Nasib baik tau sikit2 pasal jalan. Alhamdulillah walaupun terpusing-pusing, tertengok2, terturun naik, akhirnya sampai jugak kat Puduraya..haha kataorang, malu bertanya sesat jalan. Aku semalam pun hampir sesat,tp bukan sebab malu bertanya. Aku lebih kepada terpinga-pinga. Dengan seramai2 manusia kat situ, semua buat hal masing2 jalan laju-laju pandang straight jer.

Aku sampai Pudu dalam 6.30. Sampai2 jer terus beli  tiket kat kaunter Transnasional. Tiket ke Kuala Kangsar dalam RM45. Nie satu benda wat aku tension. Next bas pukul 9. Huarghhh...2 jam stgh lagi kena tunggu. Aku ingatkan bas ke KK selalu n sentiasa ada.. Rupanya berapa trip jer sehari. Bas sebelum tu pukul 4.30. Punyalah aku terkejar kejar ingat nak cepat. Ingatkan dapat la naik bas pukul 7 ker... Rupa-rupanya tak ada...huhu takpelah...aku relaks2 la kat situ.. Dapat gak aku rehat kejap.

Actually mula-mula aku ingat nak mintak tolong kawan hubby amikkan aku kat stesen bas KK. Tapi aku takut sampai lambat pukul 1 pagi ker kesian pulak nk kacau dier tido. Hmmmm...aku pikir takpelah...dah sampai nanti baru call hubby. Kira surprise la jugak...huhuhu. Sambil tunggu sambil makan isi perut kat situ. Aku duk jer la sambil baca buku. Tiba-tiba ada orang tegur...laaaa...sepupu aku rupanya.. Sempat la borak kejap.. Lepas dier gerak tu, kau pun tunggu lagi. Hubby asyik tanya jer kat mana? Siap pesan jangan balik lewat sume. Aku cakap la ok, pukul 9 balik pastu nak terus tido..hehe yup.. Pukul 9 naik bas terus tido. Penat sangat. Krem..krem.. Kaki masa dalam bas tu. dengan sejuk nyer...huwaaaa.... Lautan api sanggup kurenangi kan?huhu. 

Sampai2 jer KK tepat kul 12 malam, aku terus call hubby. Banyak kali call tak angkat.. Nyenyak tido lah tu...dah risau dah, kalau dier tak angkat jugak terpaksa lah aku call kawan dier, mintak tolong ambikkan.. entah kali ke berapa call dier angkat finally...pastu aku mintak hubby ambik kat stesen bas. Dengan mamai2 nyer dier ingat aku bergurau... Huwaaa...puas nak convince dier aku dah sampai. Ini bukan cobaan, ini betul2..hahaha. Ngam2 bas parking jer hubby pun sampai. Happy sangat dpt jumpa hubby pastu rs nak nangis.. I love u hubby..ok bye..

Wednesday, 4 September 2013

4/9/2013

harinie bosan sangat kelas pagi pukul 8.. huarggghhh... ngantuk (sambil taip sambil menguap). macam biasalah sementara takde kereta nie, pergi kelas naik teksi.. aku pun book teksi guna MyTeksi apps. bila naik jer teksi tu, aku rasa mcm pernah naik..haha rupa2nya ane teksi pun kenal aku.. semalam saya amik u jugak kan? yelah2...hehehe


kelas mcm biasa harinie subjek pdp. kelas 2 jam jer n next class lagi 6 jam. 6 hours break? huh...ape lagi..ke sunway piramid lah kitaorg. mula-mula merayau kunyah2 (lapar giler). sebab pukul 10 pagi lebih sampai kedai2 makan sume x ready lg. pukul 11.30 baru bukak. hmmm..kitaorg pun pg kat tgv nak pilih movie. pilihan yg ada ms tu percy jackson, city of bones, kick ass 2. aku dah tgk kick ass 2 ngan hubby haritu.. percy jackson pulak kawan2 ramai dah tengok.. hurmmm... cuba nasib lah tgk cite city of bones... tak tau lah best atau x.. no clue...


since movie lambat lagi, kitaorg pun mencarik makan. semua sepakat nak makan kat sushi zanmai. sedap sangat kalau sushi king dgn sakae sushi. tapi kalau nak pergi better buat reservation dulu. biasanya kalau time lunch penuh giler nak makan kena beratur. sushi zanmai bukak pukul 11.30. masa kitaorg sampai 11.15 tu pun dah kena beratur...ughhh... cuma dis time servis lambat giler. ngam2 pukul 11.30 kitaorg order...ada sejam jer sebab movie starts at 12.30. pukul 12.20 makanan aku ngan nathalie tak sampai2. terus bgtau 
waiter tu suh tapauuu...huhu. sampai wayang dalam 12.40. pastu masuk2 jer kena nyanyi lagi Negaraku.. wahhh...patriotik betol..hoh

biasalah kalau aku tengok movie dalam wayang haruslah feeling lebih2. tiba2 terjatuh cinta dengan mamat nama jonathan dalam cite nie??!!  what??!! im in love??!! poyoooo...hahahah rasa mcm nak cerita semua tapi nanti x surprise pulak sape2 yang belum tengok..hehehe (xnak cerita sebab nanti nak tgk dgn hubby pulak) kang tak thrill la kan?

apapun cite nie best giler 100x..hahaha suka sangat2 dengan jonathan. walaupun dier tak hensem,rambut blonde, rambut kembang, kurus kering n tinggi...suka3 bila teringat cite tu senyum sorang2.. okayh nak sambung berangan. weeeeee~


Tuesday, 27 August 2013

My Darlingssss

Nie 3 orang budak kecik yang sangat penting dalam hidupku. yang dua tu anak buah aku, kakak aku punya anak. yang sorang lagi tu adik ipar aku yang paling kecik. masa aku 1st time jumpa dulu dier(adik ipar) kecik lagi. dulu aku tak suka sangat budak kecik. ada jer budak merangkak nak pergi kat aku, aku lari.. sekarang nie kalau jumpa jer budak kecik aku gomol...hehehe nephew ngan adik ipar aku tu paling manja dengan aku..(ngan hubby pun sama) hubby rapat ngan Hariz.. sebab dier larat layan. adik ipar aku pulak rapat ngan aku daripada abgnya..kalau kitaorg balik kampung, dier akan sorak2, "yeah! yeah! kak Ain balik.." bukan sambut abgnya..hahaha (jangan marah sayang..hehe). yang nie sangat cerdik. sekarang umur dah 4 tahun. petah sangat bercakap. pastu suka tangkap gambar n make up. kalau main game pun nak game make up2..haha cuma malas gosok gigi jer..hehe (skrg dah pandai..kalau tangkap gambar mesti senyum tutup mulut..haha)

Hariz paling selalu wat aku touching. aku memang sangat rapat dengan dier sebab jaga dari kecik. kalau aku nak balik atau kalau dier call selalu nangis2. kadang2 aku pun sebak n rasa nak nangis bila dengar dier macam tu. teringat masa dier baby dulu, dier kena kuning. masa doc enject nak ambik darah, Hariz meraung, aku pulak yang nangis. Hariz panggil aku n hubby mummy daddy, mak ngan bapaknya mama n papa. so kalau ada anak nanti terus melekat dengan panggilan tulah. anak buah perempuan aku tu pulak selalu tak nak kat aku sebab jarang jumpa.. nak buat mcm mana kan mummy ngan daddy sibuk jer manjang..huhu

dalam gambar-gambar nie Tasha ngan Hariz pakai topi haiwan yang aku beli kat Cameron baru2 nie. Marissa punya pun ada, aku beli snow cap ngan selendang satu set tapi dier xnak pakai. sume posing dengan gaya masing2. Mummy@kak Ain loves u all. jangan la membesar cepat sangat k? mwahhhhh

my nephew : Izzat Hariz (5tahun)

my niece : Marissa Sofea (1 tahun)

my beloved sis-in-law paling kecik : Aina Natasha (4 tahun)

little cute elephant

XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOX

Kempunan nasi daun pisang

Cerita nak makan nasi daun pisang nie dah lama. Dari raya ke4 haritu lagi sebab dah muak dengan makanan raya. Tak tau kenapa lately nie selera lebih kepada masakan India. Mungkin sebab masa kat Kuala Kangsar haritu hubby selalu tapau kat mamak kot. ada 1 kedai mamak tu lauk dier memang sedap (sambil tulis sambil telan air liur...jolap boto..hahaha). tak tau apa nama kedai tu tp dekat ngan tempat kerja hubby. 1st time yang buat aku tergoda masa tu hubby tapau lauk sotong masak kunyit. fuhhhh...berperisa betul. kena dengan selera anak tekak aku nie. 2-3 hari berturut2 la aku makan lauk sama. agak2 dah boring tu hubby belikan pulak sambal ayam dier. fuhhhh...terangkat!! mmg masa kat KK kitaorg makan luar jer aku tak masak. sebabnya kat umah tu tak ada fridge. lagi satu peralatan masak macam periuk kuali tu sume tak ada. hubby pun cakap tak yah masak biar dier belikan jer..hehehe 

okayh...sebenarnya dah tersasar jauh nie dari tajuk..haha biasalah aku kalau  cerita bab makanan sampai esok pun sanggup..hehehehehe sambung cerita nasi daun pisang. masa raya ke4 tu aku ngan hubby dua2 teringin. hubby tiba2 sebut aku pun apa lagi..jom ajaaaa. dah lama aku tak sebut nak makan tu sebab ada sekali tu aku ajak hubby makan nasi daun pisang kat Rasah Jaya.  lepas makan tu hubby cakap hmmmm...bukan selera dier. sejak tu aku ingat dier tak suka nasi daun pisang. tu yg aku agak pelik dier teringin tiba2. tapi memang aku akui kat situ lauk dier kureng sikit...huhu 

masa otw nak ke kedai nasi daun pisang tu, tiba2 kereta mati. tersadai lah kejap tepi jalan. nasib baik ada kawan hubby datang tolong. call2 pomen sume cuti raya...huhuhu rupa-rupanya minyak tak ada. kurang asam betul.. meter minyak buat hal. biasa kalau kuning tu jauh lagi boleh jalan.. nie tak kuning pun.. ish3.(pengajaran: sejak dari tu tinggal setakuk jer minyak terus pergi isi). terus terbantut selera n tergendala agenda makan nasi daun pisang. aku pun dah lupa apa kitaorg makan lepas tu..hoho sedih3

masa aku accident hari Ahad lepas pun kes nak pergi makan nasik daun pisang jugak lah.. ada jer dugaan bila dalam perjalanan nak mentekedarah nasik daun pisang..mesti ada hikmah kan?huhu Ahad tu jugak, lepas dah settle hantar kereta kat bengkel, kitaorg bertiga (aku, hubby ngan adik ipar) teruskan jugak niat MURNI tu..haha kempunan pun susah kan? kebetulan kat depan bengkel tu ada kedai daun pisang (apa eh nama aku lupa..tepi deret dengan bangunan UMNO Rembau). superb giler lauk dier sedap. selain kuah2 n sayur yang dah sedia ada, hubby order kambing aku pulak mintak chili fish. sampai keluar hingus (dua2 hantu pedas). bertambah nasi hubby. yang kelakarnya makan bertiga jer. tapi air sampai 7 gelas (hubby ngan adik ipar masing2 dua gelas,aku sampai 3..hohoho) dua hari berturut2 makan situ. nanti kalau ada kesempatan nak ajak adik aku try situ. dier pun hantu nasik daun pisang...hee~ sekian


Sem baru...

Yeah..harinie 1 day of new sem aku setelah sebulan bercuti (kejap jer rasa cuti tau2 jer dah habis). back to school...yeahhh. kawan-kawan lain dah start semalam tapi aku xdatang sebab nak settlekan hal kereta aku kat bengkel and nak settlekan hal insurans kereta. So since aku tak ada kereta, harinie pergi kelas naik teksi.. nak tau berapa uncle ngan pak cik tu mintak bayaran? RM12. gilerrrrrrr....padahal rumah sewa aku dgn college dekat sangat2...tp xleh lah jalan kaki tapi dekat la.. patutnya kalau ikut meter dalam RM5 jer kot. aku mintak2 kurang dapat RM10 jer. menyirap jer.. dier ingat belajar kat situ semua kaya2..huhu nak naik bas aku tak reti.. lagipun kena jalan jauh jugak.. hubby kata tak apa lah nak buat mcm mana? tapi aku ada amik no plate uncle n pak cik tu...tunggu...nanti aku nak komplen..

Harinie kelas organic chemistry.. oklah..baru2 kan masih leh catch up. masih boleh guna otakku ini..hehe best jumpa kawan2.. tergelak jer.. yang lagi bestnya this sem kitaorg dah jadi senior...hehe harinie utk subject organic chem kitaorg buat grouping untuk assignment. dapat topic : inverted sugar.. partner aku Carisa..yeahhh. sebenarnya dah ada hawa2 sibuk n tension tu. tapi apa pun untuk this sem aku tak nak buat kerja last minute lagi.. belajar dr kesilapan n pengalaman lalu...hee~ esok dgn Jumaat xde kelas..soooo...enjoy!!!!

jejak kaki pertama setelah sebulan bercuti

feeling2 dulu dalam library. awal dah sampai.. biasalahhhh...good student kan?hehehe

new sem picture.. #love #friends

buah tangan dari Jepun. Nicholas kasi..tqqqq

Accident...huhu

Pada hari Ahad yang lepas, lebih kurang jam 5.30 ptg, kami mengalami kemalangan. Masa tu otw to Rasah Jaya dari Seremban 2..ikut jalan Mambau (plan nak makan nasi daun pisang). Tup...tup...depan 7e lepas balai polis tu, ada satu motor lintas tak pandang kiri kanan. Nasib baik hubby sempat brek kalau tak dah Innalillah dah mamat motor tu.. Alhamdulillah tak ada kecederaan berlaku pada kami cuma mamat moto tu luka2 lah... Kitaorg offer nak hantar hospital tapi dier tak nak...nak tunggu bapak dier sampai. Tapi kalau nak bawak pun kete tu mungkin tak boleh jalan sebab rasanya absober pecah and air dah melimpah keluar..huhuhu

Aku terus call towing Etiqa tapi luar waktu perkhidmatan pulak (sebab hari Ahad)...sakit jer hati.. Patutnya kena available setiap hari n 24 jam la sebab kemalangan kan bila-bila jer boleh berlaku. Tak lama kemudian ada satu tow truck sampai. Mungkin ada somebody yg call. Brother tu yang angkut kereta n bawak kitaorg pergi balai polis Seremban 2 semua. Dengan motor skali kitaorg angkut.  Since nie 1st time kitaorg kemalangan macam nie, agak kelang kabut la jugak. Masa jadi tu, tergamam n aku menggigil dalam kereta sebab orang motor tu dah melambung dah.. Tak tau dier hidup lagi ker tak masa tu..huhuhu. Nasib baik cedera sikit jer... Tapi memang salah dier pun tiba2 keluar nak cross masuk jalan orang. 

Mamat motor tu bukan warganegara Malaysia. Dengar loghat dier macam orang Acheh. Lesen pun tak ada..huhu Lepas jadi tu dier call pastu ramai kaum kerabat dier datang mintak tolong jangan report semua. Kalau tak report macam mana nak claim insuran kan? Kitaorg tanya diaorang ada yang sanggup bayar ker? Tapi tak ada yang sanggup..hmmm terpaksa claim insurans kereta aku..:'(

Akibat kemalangan tu, kete aku kena masuk bengkel. Nak pergi kelas tak ada transport so sementara waktu kena naik teksi (duit lagi). NCD insurans kereta dah 38% so bila claim dah jadi 0% balik.. Ambik masa lama kat balai polis tuk buat report. Aku pun citelah apa yg berlaku. Huwaaaaaa...sedihnya.. Nangis2 aku malam tu.. Sakit sangat hati..tapi walau apa pun, mesti ada hikmah disebalik.. Sabar dan redha. So kat bawah nie gambar2 yang sempat aku tangkap..huhu. Nasib baik roadtax, insurans kereta ngan lesen hidup lagi...huhu

Antara langkah-langkah yang perlu diambil kalau ada kemalangan:

1. Kalau ada kecederaan serius call 999 
2. Call towing
3. Ambik gambar, no telefon, no plat, and kalau boleh ic orang yg terlibat
4. Buat report polis
5. Selesaikan dengan bengkel untuk hal2 insurans. Dokumen yang diperlukan untuk claim insurans ( ic owner, lesen, report polis, cover note insurans kereta dan geran kereta





Friday, 23 August 2013

Pokok kaktus lagi satu...

This pic was taken at 9.00 pm on 23/08/2013

Okayh...nie lagi satu pokok kaktus mini comelku yang nak keluarkan bunga... Comel sangat kan? Satu tu bunganya nak kembang dah... And ada satu lagi kat sebelah ia kecik ciknonet jer... Comel la kaktus nie.. Senang pun senang nak jaga cuma kena hati2 la masa nak mengendalikannya.. Takut terkena duri pulak.. Jari aku nie dah bape kali luka kena duri ia.. Lagi2 kaktus aku yang warna warni yang macam micky mouse tu (hubby yang panggil micky mouse..hehe). Durinya macam bulu2..halus sangat.. Bila kena sakitnya mcm kena selumbar.. Kita tunggu perkembangannya yaaaa...apa-apa Nanti akan diupdate...Ok bye...

Gambar nie diambil pada 24/8/2013 lebih kurang pukul 10 pagi...hee~

Nie pun sama...cantik kan?

Okayh...miss baby cactus semua sebab daddy yang tolong jagakan...lambang cinta konon..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...