Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 26 September 2015

Tapai Ubi Pencegah Kanser.


JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga kesihatan meskipun ia bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap hari.

Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan kaedah yang murah berbanding makanan kesihatan lain sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang mahal dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke atas tubuh anda. Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan dikenali sebagai bakteriosin. Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktik yang dipencil atau diasingkan dari tapai ubi (Manihot esculanta) dan didapati berkemampuan mencegah kanser.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekumpulan penyelidik sedang berusaha untuk mencari kemungkinan bahawa tapai ubi boleh dimakan sebagai makanan tambahan atau makanan berfungsi selepas mendapati kemampuannya mencegah penyakit kanser.
Kumpulan tersebut terdiri daripada Dr. Latifah Saiful Yazan sebagai ketua penyelidik, yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Sains Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Beliau menjalankan penyelidikan tersebut bersama tiga pensyarah lain dengan kepakaran yang berbeza-beza iaitu Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling dan Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahim dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul serta Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian.

Menurut Latifah, kajian beliau sebelum ini lebih menjurus kepada aktiviti sitotoksik sesuatu agen atau sebatian, atau secara ringkasnya ke arah pencarian sesuatu agen atau sebatian yang berkemampuan untuk membunuh sel-sel kanser pada peringkat in vitro (ujian dalam makmal).

Proses penyaringan seumpamanya telah dijalankan oleh Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat (AS) semenjak tahun 1960. Kaedah ini lebih murah, memerlukan sample yang sedikit, mudah dan cepat jika dibandingkan dengan kaedah yang menggunakan haiwan. Oleh kerana kebanyakan ubat anti kanser membunuh sel dengan berkesan, bahan-bahan Ini juga dikenali sebagai agen sitotoksik dan inilah asas kepada penyaringan tersebut.

Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling telah berjaya mengasingkan bakteriosin yang dikenali sebagai bakteriosin UL4 yang dihasilkan oleh Lactobacillus plantarum UL4 (sejenis bakteria asid laktik).


Bakteriosin UL4 ini didapati berkemampuan untuk menyekat atau merencat pertumbuhan beberapa jenis patogen atau mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti Bacillus aureus, Escherichia coli, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus aureus, Salmonella typhimurium, Enterococcus faecium, Enterococcus feacalis dan Listeria monocytogenes.

Selain itu, ia juga boleh bertahan pada suhu setinggi 1210C selama 15 minit dan suhu serendah 150C selama 60 hari dan dalam julat pH yang besar, iaitu di antara pH 2-5 (pH berasid) dan pH 7-8 (Ph beralkali).

Berdasarkan ciri-ciri hebat itu, bakteriosin tersebut dilihat berpotensi besar untuk menjadi bahan pengawet semula jadi dan mesra pengguna di dalam pelbagai industri makanan seperti makanan yang dibekukan dan hasilan makanan berasid dan beralkali.

Disebabkan ciri-ciri tersebut jugalah, kami bercadang untuk menguji aktiviti sitotoksik bakteriosin tersebut terhadap beberapa jujukan sel kanser yang kami ada,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Secara amnya, di dalam kaedah untuk menguji aktiviti sitotoksik ini, sel-sel kanser yang dibiakkan di dalam telaga yang terdapat pada plat 96-telaga atau plat mikrotiter dirawat dengan bakteriosin pada kepekatan yang berbeza-beza dan dibiarkan selama 72 jam di dalam kebuk karbon dioksida.

Prinsipnya agen atau bahan yang sitotoksik akan merencat pembahagian sel dalam kultur.Oleh itu, pada kepekatan yang berkesan bagi agen atau bahan tersebut, sel-sel tidak akan tumbuh membahagi dan memenuhi ruang telaga tersebut. Kesan perencatan tersebut boleh dianalisis melalui beberapa teknik dan yang paling mudah adalah melalui asai kolorimetri dan bukan radioaktif menggunakan garam tetrazolium MTT. Latifah mendapati bahawa bakteriosin telah menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak melihat bakteriosin berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen untuk mengubati kanser kerana nilai IC50 (kepekatan yang berkemampuan untuk mengurangkan bilangan sel sebanyak 50 peratus berbanding kawalan) adalah agak tinggi.
Dengan kata lain, sekiranya sesuatu bahan atau sebatian yang digunakan untuk membunuh sesuatu sel perlu pada tahap kepekatan sehingga separuh daripada bahan dalam uji kaji kawalan dalam makmal, ia dianggap tidak sesuai dijadikan ubat.

Oleh kerana itu, kami cuba memandang kemampuan bakteriosin dari sudut yang berbeza. Walaupun tidak mampu mengubati kanser, siapa tahu ia mampu untuk mencegah dari mendapat kanser.

Latifah berkata, geran yang diperoleh dari MAKNA tersebut akan digunakan untuk menguji secara teliti kesan bakteriosin ke atas tikus makmal yang diaruhkan untuk mendapat kanser kulit.

Tikus-tikus tersebut akan diaruh menggunakan bahan kimia pemula dan penggalak kanser. Dalam pada itu, bilangan dan saiz tumor yang terbentuk akan diperhatikan. ``Insya-Allah, sekiranya penyelidikan yang dijangka memakan masa dua tahun ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan, kami berhasrat untuk membangunkan bakteriosin sebagai makanan berfungsi,'' katanya.

Oleh: LAUPA JUNUS (Wartawan Utusan)

C&P dari blog: http://cancer-b17.blogspot.my/2010/07/tapai-ubi-pencegah-kanser.html

Tuesday, 12 May 2015

Pantai oh pantai..



Cuti-cuti nie, bila hubby free jer, mesti kitaorg plan berjalan punya.. Mana pergi mesti cari laut... Seperti yang dapat dilihat dalam gambar, kami pergi ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) kat Kelantan, Pantai Batu Burok, Terengganu, Pantai Klebang, Melaka, Pantai Batu Feringghi, Pulau Pinang. Hujung2 minggu nanti kalau free leh pergi Port Dickson pulak...dekat jer dengan rumah. Next plan, tggu hujan, ribut ngan angin kuat reda, kitaorg plan nak pergi Pulau Tioman. InshaaAllah.. lepak2 kat tepi pantai. Hirup udara laut.. Indah ngan tenang jer rasa.. Sebabnya, manusia nie diciptakan dari tanah..bila dengan air rasa sejuk dah tenang... Daripada tanah kita diciptakan, kepada tanah juga kita kembali..



Monday, 2 March 2015

Doa untuk kuatkan rahim dan elak keguguran..

Assalamualaikum..

Harinie saya nak share doa untuk kuatkan rahim dan elak keguguran yang akan saya amalkan, Insha Allah.. Doa ni saya copy dari Blog Fertiliti Dr Natasha Nor. Terima kasih Dr.. Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk kita semua.. Amin..

1. Membaca surah Al-Hij’r ayat 97, 98 dan 99:

Maksudnya:

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
2. Membaca zikir Ya Mubdi.  yang bermaksud Pencipta.

Hendaklah suami atau seseorang membaca zikir tersebut di atas sebanyak 99 kali pada waktu sahur (sebelum Fajr) dan meletakkan tangan di atas perut isterinya atau perempuan yang sedang hamil.

3. Membaca doa tersebut di bawah:

Maksudnya: 

Ya Allah, Tuhan yang mengenggam langit sehingga tidak jatuh ke bumi, ia tegak tanpa atap. Genggamlah janin yang ada di rahimku, sempurnakan dia hingga dia lahir dengan baik dan selamat. Amin..

Tuesday, 23 December 2014

Jom berdiet dengan Diet Atkins..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah lama rasanya saya tak update kat blog nie..bak kat orang, dah bersawang2 eh?hehe

Sekarang nie saya tengah cuti sem.. cuti sekejap jer sebelum start praktikal Januari 2015 nnti..InshaAllah.. So, sementara ada masa terluang yang tak berapa nak ada nie, saya akan cuba update blog sekerap mungkin. Just nak share ilmu dan pengalaman yang saya ada dan lalui yang tak seberapa nie..=)

Okayh..saya ada 1 pengumuman nak buat. Harinie saya nak umumkan yang saya nak start balik diet Atkins...kikiki. Dulu saya dah pernah diet dengan cara nie tapi semangat tu dah kelaut..haha. Hangat-hangat taik ayam jer..=P

Actually badan saya agak gempal. Mungkin tak nampak sangat sebab ramai orang kata saya tinggi (ketinggian 169cm). Saya memang suka and kuat makan..lagi2 bila saya dalam bidang n line makanan. Saya rasa enjoy setiap kali saya makan.. Saya suka cuba makanan pelik2 nie..makanan2 tradisi, makanan baru.. Setiap pengalaman tu sangat berharga dan bermakna bagi saya..chewahh. Yang bestnya, husband saya pun kongsi minat yang sama..tu yang menjadi2 tu..hihi

Tapi harinie, saya memang berazam nak start diet. Kira azam tahun baru yang terawal seminggu..hehe Bukan sahaja sebab saya nak turunkan berat badan jer, tapi juga sebab saya nak jaga kesihatan. Lately nie saya rasa saya banyak sangat makan benda-benda manis. Takut jugak kalau kena kencing manis..Nauzubillah.. 


Sebelum nie dah pernah terdetik nak follow balik diet Atkins.. Semangat tu lagi datang membuak-buak bila ada kawan saya share "Buku Panduan Diet Atkins" dan "Buku Resepi Diet Atkins" nie kat Facebook. Thank u pada yang share (Shuhada Abdullah) ilmu yang sangat berharga nie. Semoga saya istiqamah..n pada siapa2 yang nak diet sama, jom!! We all can do it!! Pada siapa2 yang nak buku panduan n resepi boleh klik kat link2 di bawah2: 

BUKU PANDUAN DIET ATKINS

BUKU RESEPI DIET ATKINS

NOTA RINGKAS DIET ATKINS

MENU DIBENARKAN DAN TAK DIBENARKAN

Thursday, 13 March 2014

Teringin nak makan (Upside-down Cake)

Assalamualaikum..
Kum apa kum bak..bak apa batman...kum apa kum..kum..kum..hehe (tiba-tiba)

Bosan betul harinie xada apa nak buat kat rumah.. Ape lagi..berangan lah..hihi. Harinie aku berangan nak makan upside down cake.. Teringin pulak rasa..cedapnya...nyam3. Aku pun google image bagi melayan kehendak anak tekak ku ini.. Since sekarang me ngan my hubby tgh berdiet, so xdapatlah memenuhi kehendak mengada-ngada ku itu.. Tengok gambar jelah..huhu

Sambil2 menelaah tu, aku buat kesimpulan bahawa apa2 jenis buah pun boleh diupside down cakekan..(fuhh..bahasa..haha). Tapi 6 jenis buah nie yang selalu orang buat dan combination nie mmg nampak sangat sedap dan menggiurkan. 6 jenis buah tersebut adalah:

1. Nenas
2. Pisang
3. Apple
4. Orange
5. Strawberry
6. Peach

Okayh..sekarang masa untuk santapan mata..hihi

Pineapple Upside-down Cake

Banana Upside-down Cake

Apple Upside-down Cake

Orange Upside-down Cake

Strawberry Upside-down Cake

Peach Upside-down Cake

Okayh...terima kasih kerana membaca..sekian...:)

Tuesday, 28 January 2014

Tiba-tiba teringin durian

Hujan xde ribut takde tiba2 jer aku rasa teringin nak makan durian.. Rasa cam baru jer makan haritu..tapi tak puas2..haha Bagi aku durian nie raja segala buah...lantak pi lah kalau orang tak suka ker, kutuk2 ker, lagi bagus...xdelah habis durian kat dunia nie..haha. Family aku hampir semua hantu durian. Yang kelakarnya..anak buah aku umur baru setahun setengah pun suka durian. Abangnya tak suka. Kalau nampak sape2 makan durian, terus dier datang..haha tapi xnak bagi banyak sangat nnti dier sembelit...n satu lagi takut badan panas. Kalau dier datang kat aku, mesti buat muka kesian.. Terpaksa la suap sikit..hehe

Okayh...since aku teringin nak makan durian, tapi tahap teringin tu takdelah sampai nak mencari. Aku pun google2 gambar durian dan dessert2 yang boleh dibuat daripada durian. Tengok gambar pun dah boleh buat aku kenyang...hehe ada 8 dessert yang aku suka n bagi aku paling sesuai dengan durian.


Kalau makan durian sahaja tu yang paling THORbaikk.. Sampai kenyang pun boleh..haha tapi untuk variasikannya, durian juga sedap dibuat pengat (cicah dengan roti gardenia@roti jala....perghhh), durian balls yang digoreng garing, kek durian, durian puff, pulut durian, aiskrim durian, durian crepe (my dad's most favourite..dier kata lagi sedap dari makan durian saje) n durian roll cake. Durian balls tu ada jual frozen kat supermarket. Tapi tengok la..kadang2 inti dier sedap..kadang mcm campur ngan tepung jer..:( durian puff ngan durian ice cream kat Taste Better mmg sedap giler...teringat2. Yang durian roll cake tu aku x pernah buat...tapi dapat bayangkan macam mana... Before gulung roll cake tu, sapu krim, letak isi durian...then gulung...fuhhh..pasti terangkat!!! Durian cake, durian puff, pengat ngan pulut durian tu dah lama aku xbuat...rindu pulak rasa nak makan.. Sekali baut pueh hati.. Kan dah terkeluar bahasa nogori..haha. Oklah..nak sambung berangan...daaaa :)


Kek Karamel

Alhamdulillah..menjadi jugak kek karamel paddle pop idaman kalbu nie.. Sebenarnya mula2 takut sangat nak buat...sebab ramai yang kata kek nie berhantu...ramai yang buat xjadi. Tapi Alhamdulillah masa aku buat first time jadi.. Sedap giler kek nie.. Makan sejuk2 perghhhh... Cuma ada sedikit kesilapan teknikal. Patutnya kuah air gula hangus tu tak boleh kena kek.. Sebab bila kena jer kek jadi lembik dan soggy.. So lepas snap gambar cepat2 aku buang air gula tu. Sikit jer yang terjejas..tapi dah selamat masuk mulut...hehehe my hubby kata this cake gonna be his new favourite request...xpe sayang...sayang mintak jer...mmy always willing buat untuk sayang..<3


Memang aku plan nak buat kek nie guna 3 warna di atas(biru+pink+kuning). So ia dapat mengimbau kembali zaman kanak2 aku yang suka sangat makan paddle pop..haha. Kek tu nampak kecik kan, actually mmg kecik.. Aku buat half adunan, guna loyang saiz 6" sebab buat untuk makan berdua jer. Tapi lepas post gambar nie, ramai yang request aku nak rasa.. InshaAllah tengok kesempatan...kalau ada kelapangan nnti aku buatkan.. Resepi nanti InshaAllah aku masukkan..biasanya aku masuk resepi kat blog satu lagi..tapi xpelah..aku akan tepek link kat sini..hehe. Okayh...daaa

Kepada sesiapa yang nak resepi kek karamel nie boleh tengok dekat akaun saya satu lagi kat link nie : http://ainskitchen.blogspot.com/2014/03/resepi-kek-karamel-paddle-pop-step-by.html Lengkap dengan step-by-step. 

Terima Kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...