Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 26 September 2015

Tapai Ubi Pencegah Kanser.


JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga kesihatan meskipun ia bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap hari.

Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan kaedah yang murah berbanding makanan kesihatan lain sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang mahal dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke atas tubuh anda. Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan dikenali sebagai bakteriosin. Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktik yang dipencil atau diasingkan dari tapai ubi (Manihot esculanta) dan didapati berkemampuan mencegah kanser.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekumpulan penyelidik sedang berusaha untuk mencari kemungkinan bahawa tapai ubi boleh dimakan sebagai makanan tambahan atau makanan berfungsi selepas mendapati kemampuannya mencegah penyakit kanser.
Kumpulan tersebut terdiri daripada Dr. Latifah Saiful Yazan sebagai ketua penyelidik, yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Sains Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Beliau menjalankan penyelidikan tersebut bersama tiga pensyarah lain dengan kepakaran yang berbeza-beza iaitu Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling dan Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahim dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul serta Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian.

Menurut Latifah, kajian beliau sebelum ini lebih menjurus kepada aktiviti sitotoksik sesuatu agen atau sebatian, atau secara ringkasnya ke arah pencarian sesuatu agen atau sebatian yang berkemampuan untuk membunuh sel-sel kanser pada peringkat in vitro (ujian dalam makmal).

Proses penyaringan seumpamanya telah dijalankan oleh Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat (AS) semenjak tahun 1960. Kaedah ini lebih murah, memerlukan sample yang sedikit, mudah dan cepat jika dibandingkan dengan kaedah yang menggunakan haiwan. Oleh kerana kebanyakan ubat anti kanser membunuh sel dengan berkesan, bahan-bahan Ini juga dikenali sebagai agen sitotoksik dan inilah asas kepada penyaringan tersebut.

Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling telah berjaya mengasingkan bakteriosin yang dikenali sebagai bakteriosin UL4 yang dihasilkan oleh Lactobacillus plantarum UL4 (sejenis bakteria asid laktik).


Bakteriosin UL4 ini didapati berkemampuan untuk menyekat atau merencat pertumbuhan beberapa jenis patogen atau mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti Bacillus aureus, Escherichia coli, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus aureus, Salmonella typhimurium, Enterococcus faecium, Enterococcus feacalis dan Listeria monocytogenes.

Selain itu, ia juga boleh bertahan pada suhu setinggi 1210C selama 15 minit dan suhu serendah 150C selama 60 hari dan dalam julat pH yang besar, iaitu di antara pH 2-5 (pH berasid) dan pH 7-8 (Ph beralkali).

Berdasarkan ciri-ciri hebat itu, bakteriosin tersebut dilihat berpotensi besar untuk menjadi bahan pengawet semula jadi dan mesra pengguna di dalam pelbagai industri makanan seperti makanan yang dibekukan dan hasilan makanan berasid dan beralkali.

Disebabkan ciri-ciri tersebut jugalah, kami bercadang untuk menguji aktiviti sitotoksik bakteriosin tersebut terhadap beberapa jujukan sel kanser yang kami ada,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Secara amnya, di dalam kaedah untuk menguji aktiviti sitotoksik ini, sel-sel kanser yang dibiakkan di dalam telaga yang terdapat pada plat 96-telaga atau plat mikrotiter dirawat dengan bakteriosin pada kepekatan yang berbeza-beza dan dibiarkan selama 72 jam di dalam kebuk karbon dioksida.

Prinsipnya agen atau bahan yang sitotoksik akan merencat pembahagian sel dalam kultur.Oleh itu, pada kepekatan yang berkesan bagi agen atau bahan tersebut, sel-sel tidak akan tumbuh membahagi dan memenuhi ruang telaga tersebut. Kesan perencatan tersebut boleh dianalisis melalui beberapa teknik dan yang paling mudah adalah melalui asai kolorimetri dan bukan radioaktif menggunakan garam tetrazolium MTT. Latifah mendapati bahawa bakteriosin telah menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak melihat bakteriosin berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen untuk mengubati kanser kerana nilai IC50 (kepekatan yang berkemampuan untuk mengurangkan bilangan sel sebanyak 50 peratus berbanding kawalan) adalah agak tinggi.
Dengan kata lain, sekiranya sesuatu bahan atau sebatian yang digunakan untuk membunuh sesuatu sel perlu pada tahap kepekatan sehingga separuh daripada bahan dalam uji kaji kawalan dalam makmal, ia dianggap tidak sesuai dijadikan ubat.

Oleh kerana itu, kami cuba memandang kemampuan bakteriosin dari sudut yang berbeza. Walaupun tidak mampu mengubati kanser, siapa tahu ia mampu untuk mencegah dari mendapat kanser.

Latifah berkata, geran yang diperoleh dari MAKNA tersebut akan digunakan untuk menguji secara teliti kesan bakteriosin ke atas tikus makmal yang diaruhkan untuk mendapat kanser kulit.

Tikus-tikus tersebut akan diaruh menggunakan bahan kimia pemula dan penggalak kanser. Dalam pada itu, bilangan dan saiz tumor yang terbentuk akan diperhatikan. ``Insya-Allah, sekiranya penyelidikan yang dijangka memakan masa dua tahun ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan, kami berhasrat untuk membangunkan bakteriosin sebagai makanan berfungsi,'' katanya.

Oleh: LAUPA JUNUS (Wartawan Utusan)

C&P dari blog: http://cancer-b17.blogspot.my/2010/07/tapai-ubi-pencegah-kanser.html

Tuesday, 12 May 2015

Pantai oh pantai..



Cuti-cuti nie, bila hubby free jer, mesti kitaorg plan berjalan punya.. Mana pergi mesti cari laut... Seperti yang dapat dilihat dalam gambar, kami pergi ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) kat Kelantan, Pantai Batu Burok, Terengganu, Pantai Klebang, Melaka, Pantai Batu Feringghi, Pulau Pinang. Hujung2 minggu nanti kalau free leh pergi Port Dickson pulak...dekat jer dengan rumah. Next plan, tggu hujan, ribut ngan angin kuat reda, kitaorg plan nak pergi Pulau Tioman. InshaaAllah.. lepak2 kat tepi pantai. Hirup udara laut.. Indah ngan tenang jer rasa.. Sebabnya, manusia nie diciptakan dari tanah..bila dengan air rasa sejuk dah tenang... Daripada tanah kita diciptakan, kepada tanah juga kita kembali..



Monday, 2 March 2015

Doa untuk kuatkan rahim dan elak keguguran..

Assalamualaikum..

Harinie saya nak share doa untuk kuatkan rahim dan elak keguguran yang akan saya amalkan, Insha Allah.. Doa ni saya copy dari Blog Fertiliti Dr Natasha Nor. Terima kasih Dr.. Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk kita semua.. Amin..

1. Membaca surah Al-Hij’r ayat 97, 98 dan 99:

Maksudnya:

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
2. Membaca zikir Ya Mubdi.  yang bermaksud Pencipta.

Hendaklah suami atau seseorang membaca zikir tersebut di atas sebanyak 99 kali pada waktu sahur (sebelum Fajr) dan meletakkan tangan di atas perut isterinya atau perempuan yang sedang hamil.

3. Membaca doa tersebut di bawah:

Maksudnya: 

Ya Allah, Tuhan yang mengenggam langit sehingga tidak jatuh ke bumi, ia tegak tanpa atap. Genggamlah janin yang ada di rahimku, sempurnakan dia hingga dia lahir dengan baik dan selamat. Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...